Wine 1.4 Rilisan Stabil Dilepaskan

Setelah melalui pembangunan intensif selama 20 bulan, kini Wine dengan versi terbaru, Wine 1.4 dilepaskan kepada pengguna (Linux).

Banyak sekali pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dibuat, antaranya ialah penambahan enjin grafik Device Independent Bitmaps (DIB), sokongan ARM, dan juga pemasangan Microsoft Office 2010.

Anda boleh membaca nota rilisan di sini : Wine 1.4 Release Note


Untuk pengguna Ubuntu 11.10 ke bawah, Wine 1.4 masih belum dimasukkan ke dalam PPA rasmi. Tetapi anda masih boleh memasang Wine 1.4 Release Candidate 6 (Seperti paparan skrin di atas) dengan menggunakan PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install wine1.3

Untuk Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, Wine 1.4 akan berada dalam repository rasmi, jadi anda tidak perlu menggunakan PPA untuk memasangnya. Cukup sekadar 'sudo apt-get install wine'.
Powered by Blogger.