ZbigZ.com : Muat Turun Torrent Dengan Direct Link 2012 (Alternatif Torrific)

Salam.

Anda menyampah dengan fail Torrent yang ingin dimuat turun kerana jumlah seeders dan peers sangat sedikit? Anda mahukan alternatif kepada Torrific? Anda telah datang ke tempat yang betul kerana kini ZbigZ.com menawarkan perkhidmatan memuat turun Torrent melalui pautan terus (Direct Link).

Selain itu, ia menyokong pautan Magnet (Magnet Link) dan ini memudahkan kerja kita apabila tidak perlu lagi memuat turun terlebih dahulu fail metadata Torrent (.torrent).

Kelemahan yang nyata hanyalah dari segi kelajuan muat turun yang lemah/kurang/sedikit sekiranya anda memilih untuk memuat turun melalui servis percuma.

Cara Memuat Turun Torrent Melalui ZbigZ:


1.Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke ZbigZ.com. Dari sini, anda boleh memilih sama ada untuk memuat naik fail metadata Torrent yang telah anda muat turun, atau salin dan tampal pautan Torrent/pautan Magnet.


2. Pautan disalin.


3. Anda cuma perlu klik pada butang GO Free! Tunggu beberapa minit (Bergantung kepada saiz fail anda) untuk dimuat turun melalui ZbigZ, dan anda akan diberikan pautan terus. Sila muat turun melalui pautan tersebut.



Screenshot Updated:

Kelajuan muat turun dari ZbigZ adalah amat memuaskan sebenarnya, tambahan lagi jika anda menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Unifi. Paparan skrin (Screenshot) yang anda lihat di atas ialah kelajuan internet di pejabat Mr.Hac, yang telah di-throttle oleh pihak ICT (dengki la tu dia tak pandai download movie! haha!). Kelajuan di bawah pula ialah internet di rumah Mr.Hac sendiri, Streamix pakej 1mbps, dan kelajuan muat turun dari ZbigZ boleh mencecah sehingga 130kbps++.


Mr.Hac: Gemar menonton filem Tamil, kerana filem Tamil lebih jujur berbanding filem atau drama Melayu yang kesemuanya mengampu pihak 'tertentu'.
Powered by Blogger.