2 Bulan Selepas Tukar Domain, OMG! Hackers? Peroleh Google Sitelinks

Umum yang mengikuti blog ini tahu ranjau dan duri yang saya hadapi untuk mengekalkan blog ini sebagai blog IT yang paling diminati. Dari domain yang sudah kukuh jenamanya iaitu My Hackers Are Here, ia terpaksa dijenamakan semula kepada OMG! Hackers? atas masalah-masalah dengan pendaftar.

Namun begitu, atas semangat untuk memajukan industri IT di Malaysia yang tak pernah padam, atas dasar mahu membantu anak Melayu supaya mengenai serba sedikit mengenai IT, blog ini diteruskan dengan domain baru tersebut. Belum pun sampai usianya mencecah 2 bulan, kini Google menghadiahkan Google Sitelinks untuk OMG! Hackers?:


Bandingkan ia dengan blog yang lebih terkenal, OMG! Ubuntu!


Bagaimana? Sama bukan? Bukan hendak mendabik dada, tetapi ini adalah bukti hasil kerja keras saya dan para penulis jemputan di sini. Terima kasih kerana menyokong kami. Sokongan anda amat dihargai.

Sekali lagi Mr.Hac memetik artikel dari Suffer8zine mengenai Google Sitelinks:

So, Apa itu Google Sitelinks? Menurut ishakhasimi.com, sitelinks adalah links-links dibawah nama blog atau web yang muncul di hasil carian Google,sitelinks ini sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan blogger akan dihasilkan secara automatik,jika sebuah blog atau web memenuhi algoritma sitelinks yang dimiliki oleh google. Sitelinks diberikan kepada sebuah blog atau web agar pengguna lebih mudah menavigasi sebuah blog atau web.

Bagaimana nak mendapatkan Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website? Sebenarnya ramai blogger yang berpendapat Google Tidak Menjelaskan Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Sitelinks. Namun berikut merupakan terjemahan petikan dari blog agusale.com (Indonesia) mengenai kelebihan yang perlu ada pada sesuatu blog atau website bagi memiliki Google Sitelinks ;

1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
4. Mempunyai high natural search traffic.
5. Outbound links yang useful.
6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffic tinggi).
7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.

So, Apa pula kelebihan memiliki Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website? Sudah semestinya visitor lebih mudah untuk mencari blog atau website tersebut dari carian Google. Malah peratus carian oleh spider-spider Google akan lebih tinggi. Kalau korang perasan bukan semua Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website mempunyai jumlah bilangan link yang sama. Ia mengikut traffic sesuatu entri, ada yang 3 links, ada yang 6 links, ada juga 8 links seperti Blog Kapal Karam ni.

Tapi perlu diingat, Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang dinilai itu tidak diupdate. Aku harapkan informasi ini berguna untuk semua.
Powered by Blogger.