Apa Itu TCP/IP ?

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Sebelum saya mulakan. Ingin saya beritahu entri ini adalah hanya penerangan basic sahaja. Jika ada kesalahan harap ditegur. Dan jika inginkan lebih maklumat, anda boleh la google sendiri.


Berbalik kepada tajuk kita iaitu TCP/IP ni .TCP/IP Protocol juga dipanggil Routable Protocol. Apakah Routable Protocol ini? Routable Protocol adalah komunikasi protocol yang mempunyai network address dan juga device address. Ianya memebenarkan packet di hantar dari satu network ke network yang lain. Contoh routable protocol selain TCP/IP adalah IPX, AppleTalk, SNA, XNS dan DECnet. Ianya amat berbeza dengan non-routable protocol.

Non-routable protocol adalah komunikasi protocol yang hanya mempunyai device address sahaja. Ianya tidak akan bekerjasama dalam menghantar packet ke network lain, ianya hanya boleh menghantar ke device sahaja. Contoh non-routable protocol adalah NetBIOS dan DEC's LAT protocols.et.

Jadi apa pula TCP/IP ini? TCP adalah singkatan kepada Transmission Control Protocol. IP pula adalah singkatan kepada Internet Protocol. Apakah kaitan kedua-dua ini iaitu TCP dan IP ni dalam internet kita? IP adalah satu protocol yang membenarkan kita untuk mencari komputer lain atau server lain dengan menggunakan IP Address. Contoh IP Address adalah 168.23.14.45. IP ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Default Gateaway, DNS Server, Subnet Mask dan IP Address. Manakala TCP pula adalah satu protocol di mana ianya akan menyambungkan komunikasi kita dengan komputer lain atau server lain supaya kita boleh menghantar packet. Jadi singkatannya adalah IP ni untuk mencari, lepas dah cari, TCP yang akan sambungkan komunikasi kita dengan komputer atau server yang kita ingin hubungkan.

Dalam TCP ini ada satu proses yang dinamakan Windowing. Ianya akan menghantar packet mengikut peringkat. Sebagai contoh, ada dua komputer iaitu komputer A dan B. Komputer A ingin berkomunikasi dengan Komputer B, jadi komputer A akan menghantar satu packet untuk menguji sama ada komputer boleh berkomunikasi dengan komputer B. Jika komputer B memberikan respon, ianya akan membalas dengan memberikan semula packet tersebut kepada Komputer A. Jadi komputer A tahu bahawa komputer B boleh berkomunikasi dengannya, dia pun menggandakan packetnya dengan menghantar dua packet pula. Dan komputer B menerima packet tersebut dan dia menghantar semula packet yang terakhir ke komputer A. Dan komunikasi ini berterusan berganda hingga kedua-dua komputer tidak dapat menampung packet tersebut, apabila ini berlaku, ianya akan balik semula kepada mula-mula cara mereka berkomunikasi iaitu dengan menghantar satu packet semula. Itu la cara komputer kita berhubung dengan komputer lain. Tak faham?

Mari kita tengok dialog di bawah:

Komputer A : Komputer B! Aku nak hantar satu packet ni, namanya "Hai" kat kau. Kalau kau terima, kau reply lah balik eh.

Komputer B : Oh. Aku terima packet "Hai" kau tu. Okay sekarang ni aku bagi balik packet ni kat kau dengan namanya ditukar kepada "Hai balik".

Komputer A : Oh thanks. Okay sekarang ni aku hantar dua packet pula sebab komunikasi kita berada dalam keadaan baik sekarang ni. Dua packet tu namanya "Kau apa khabar?" dan "Tengah buat apa?".

Komputer B : Oh. Aku terima dua-dua packet tu. Okay aku membalas packet kau tu dengan namanya "Khabar baik. Aku tak buat apa pun."

Komunikasi berterusan sehinggalah mereka tidak dapat menampung packet tersebut. Perlu diingat, komputer B hanya membalas satu packet sahaja walaupun Komputer A menghantar packet lebih dari satu.

Komputer B : Komputer A aku rasa kau kena hantar packet kepada satu balik sebab 128 packet yang kau hantar kat aku ni terlampau banyak.

Komputer A : Oh okay. Kita mula balik dari satu packet.

Itu lah lebih kurang apa yang berlaku, tapi jangan percaya bulat-bulat perbualan mereka, ianya hanya sebagai gambaran sahaja. Kalau ada salah apa apa bagitahu ya.

Ini adalah permulaan kepada bagaimana komputer kita mencari Uniform resource locator(URL) yang kita taip dalam browser seperti http://www.omghackers.com ke tempat yang sepatutnya dicari.

Sekian.
Powered by Blogger.