09 April 2012

Apa Itu VPN? (2)


By on 2:28 PM

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Bagi anda mungkin ada yang mengganggap penggunaan VPN ini senang iaitu dengan hanya menaip butiran anda dan tekan enter. Pap! Connection anda telah disekuritikan. Tetapi adakah anda tahu akan proses yang berlaku di sebalik virtual private network ini?

Mengikut kepada kajian yang telah saya buat, Internet ini telah dicipta oleh askar US. Tujuan mereka ini adalah untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain jika mereka berada pada jarak yang jauh. Disebabkan mereka ini sering memberikan maklumat sulit, jadi akan ada kemungkinan dimana musuh akan cuba untuk mendapatkan maklumat dengan mencoroboh connection mereka. Dari situ wujudnya Virtual Private Networking ini. Iaitu untuk mengsekuritikan maklumat yang dihantar supaya tidak mudah diceroboh oleh musuh.

Terdapat banyak fungsi VPN ini. Dan anda boleh melihatnya di entri Apa itu VPN?. Antara salah satu fungsi virtual private networking adalah ianya membolehkan anda berhubung dengan komputer lain secara lebih selamat dan sekuriti. Bagaimanakah tahap sekuriti itu?

Okay. Apabila kita menggunakan internet, segala packet yang dihantar adalah tidak secure. Jadi hacker mudah untuk mencuri maklumat anda sama ada menjadi Man In The Middle atau dengan teknik hacking yang lain. Sebenarnya banyak lagi teknik hacking yang membolehkan hacker mencuri data anda(anda boleh menggunakan google untuk mengetahui cara yang lain itu).Jadi apa VPN ni buat untuk secure kan connection kita dari diceroboh? Yeah! VPN akan membuat satu terowong yang menghubungkan komputer anda dengan komputer lain atau server yang ingin anda berhubung. Di dalam terowong itu pula mengandungi maklumat anda. Kalau tidak menggunakan VPN, terowong ini tidak ada. Hanya dengan menggunakan VPN sahaja terowong ini wujud. Baiklah, di dalam terowong itu pula terdapat segala maklumat anda.



Jadi bagaimana kalau hacker dapat pecahkan terowong tu? Yeah! Anda ingat VPN ni n00b sangat ke? Hehe. VPN akan mengenkripsikan data yang dihantar itu supaya jika hacker itu berjaya melepasi terowong itu dia hanya mendapat data yang telah dienkripsikan. Jadi data itu tidak berguna kepada hacker itu. Selain itu, VPN ini juga akan membuat satu connection yang baru sekiranya connection semasanya telah berjaya dipecahkan. Jadi susah untuk hacker mendapat maklumat anda. Jadi apa lagi kelebihan Virtual Private Networking ini?

Kelebihannya yang lain adalah ip address anda akan bertukar kepada ip address server virtual private networking itu sendiri. Disebabkan itulah apabila anda melihat ip address semasa menggunakan VPN ianya akan bertukar ke ip luar negara. Sebab server VPN itu berada di luar negara.

Virtual Private Networking ini adalah sever klien teknologi. Jadi anda(klien) perlu berhubung dengan server untuk menjadikan VPN ini berjaya. Caranya adalah dengan mendaftarkan maklumat anda ke server tersebut dan kemudian log masuk ke server tersebut dengan menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan. Sekiranya berjaya, VPN akan beroperasi di dalam connection anda. Perlu anda ingat, setiap klien hanya akan berhubung dengan server yang telah ditetapkan sahaja. Sebagai contoh anda menggunakan VPN A, kemudian anda cuba untuk berhubung dengan server VPN B, connection tersebut tidak akan berjaya kerana klien VPN A itu hanya boleh berhubung dengan server VPN A sahaja.

Baiklah kita ke seterusnya mengenai VPN ini. Maklumat yang saya bagi ini saya tidak pasti, jika ada kesalahan harap di beritahu. Mengenai kelajuan internet apabila menggunakan VPN. Selalu kita dengar ramai merungut bila guna saja VPN, kelajuan internet menjadi perlahan. Sebab apa boleh jadi perlahan? Ini disebabkan oleh kelajuan internet VPN ini tidak menggunakan kelajuan internet anda tetapi menggunakan kelajuan internet yang sebenar. Jadi ianya akan menjadi lambat. Pada fahaman saya, kelajuan VPN kita bergantung kepada kelajuan Upload speed server VPN kita. Jika lambat upload speednya, maka lambatlah kelajuan internet kita. Jadi disebabkan itu kita kena membayar lebih untuk menggunakan servis VPN yang laju kerana kita memerlukan kelajuan Upload yang setaraf dengan kelajuan internet kita. Jadi tak rugi jika anda menggunakan VPN ini. Berkorban untuk kebaikkan diri sendiri lebih berbaloi dari memikirkan duit yang bakal terkorban, kerana jika duit itu terkorban, boleh diganti, tetapi jika maklumat peribadi kita diceroboh? Lu pikir la sendiri! Heee.

Itu sahaja pada hari ini. Maaf sebab lama tak post sebab saya sekarang ni sedang membuat research mengenai komputer network dan sekuriti. Jadi apabila ada masa saya akan berkongsi ilmu dengan anda.

Sekian.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment