Basic Untuk Menggunakan Backtrack

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?



Setelah beberapa minggu bergelumang dengan Backtrack 5 R2 ni! Hehe. Hari ni saya akan senaraikan beberapa command atau perintah yang anda perlu tahu untuk menggunakan Backtrack ni hingga ke tahap semaksima mungkin! Huh? Betul ke? Ye. Betul jika anda mendalaminya. Sebelum tu! Ini hanya untuk mereka yang baru bergelumang dengan Backtrack atau Linux sahaja. Untuk yang dah expert, anda tidak di alukan sebab ini hanyalah basic sahaja. Heee.

Baiklah ini antara command yang selalu saya guna:

cd (nama direktori) - ini digunakan untuk pergi ke direktori yang kita mahu

contoh:
root@bt:~# cd /pentest/exploits/

cd .. - ini untuk kita patah balik ke direktori yang sebelumnya

cd / - ini untuk ke direktori root

mkdir (nama direktori) - untuk membina direktori yang baru

contoh:
root@bt:~# mkdir omghackers

ls - untuk menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam sesebuah fail atau dorektori

cat (nama fail,teks atau program) - untuk melihat isi kandungan fail, teks atau program tersebut.

vi (nama fail,teks atau program) - untuk melihat isi kandungan fail, teks atau program tersebut dan korang boleh mengubahsuainya!

contoh:
root@bt:/pentest/exploits/framework2# vi msfconsole

clear - untuk memadam semua perkara yang kita tulis dalam terminal itu

(nama fail atau arahan) --help - ini untuk membantu anda memahami akan penggunaan fail tersebut atau jika anda tidak tahu untuk menggunakan sesuatu command seperti apt-get, anda boleh tekan apt-get --help. Dan ianya akan menyenaraikan beberapa cara untuk menggunakan arahan tersebut.

rm (nama fail) - untuk membuang fail tersebut

contoh:
root@bt:~# rm omghackers

rmdir (nama direktori) - untuk membuang direktori tersebut

contoh:
root@bt:~# rmdir omghackers

grep - untuk mencari sesuatu perkataan dalam sesuatu fail. Anda boleh eksplore sendiri tentang penggunaannya dengan taip grep --help


Hm. Itu sajalah kot untuk masa ini. Sebab rasanya anda mungkin lebih arif pasal Linux ni. Jadi anda mesti sudah tahu perintah-perintah yang lain. Saya ni masih di peringkat noob lagi dalam Linux ni. Jadi kalau ada salah silap harap anda memberikan komen dibawah ya.

Sekian.
Powered by Blogger.