Belajar Pengaturcaraan Di Codecademy

Pengaturcaraan ialah sebahagian dari dunita IT. Ini adalah kerana perisian, pengkodan data, dan pelbagai cabang lagi semuanya bersangkutan dengan pengaturcaraan. Ia adalah nafas mula untuk setiap apa yang anda lihat pada PC anda sekarang.

Codecademy ialah sebuah laman web, khas untuk anda belajar pengaturcaraan dengan mudah dan berkesan. Penyampaian pembelajaran dilakukan secara terus dan bagi pemula, ia adalah cara yang paling mudah untuk dipelajari dan 'tidak menakutkan' sepertimana tanggapan sesetengah orang yang pengaturcaraan adalah sukar serta lebih sesuai untuk para 'geek' sahaja.



Setiap kali anda berjaya melengkapkan satu sesi pembelajaran, anda akan diberi ganjaran berupa 'badge'. Sedikit demi sedikit anda akan terbiasa dengan pengkodan dan anda pasti akan dapat mengikis sifat takut kepadanya. Ia tidak sukar, dan ia boleh dipelajari oleh sesiapa saja asalkan ada kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Jika anda mahu menguasai dunia pengaturcaraan, sila ke Codecademy sekarang.
Powered by Blogger.