Bermain AirMech Pada Pelayar Web Chrome

Anda suka pada permainan RTS? Mr.Hac amat sukakannya dan apabila Carbon Games membina permainan RTS AirMech, ia adalah satu langkah yang bijak untuk menarik minat muda-mudi kepada permainan jenis ini.

AirMech buat masa ini dalam versi alpha, menggunakan Google Chrome NaCl (Native Client) plugin yang membenarkan pelayar web untuk menjalankan aplikasi C/C++. AirMech memberikan watak anda sebagai robot yang boleh bertukar bentuk (Transformers?) dalam sebuah peperangan.



Cuba tonton teaser dari Youtube ini:


Menarik bukan? Buat masa ini platform yang disokong hanyalah pelayar web Google Chrome. Walaupun begitu, tidak lama lagi beberapa platform yang lain seperti Windows juga bakal disokong oleh permainan ini. Anda cuma perlu bersabar dan menunggu bila tiba masanya. Oh ya, satu lagi, permainan ini adalah percuma sahaja! Ia bersaiz sekitar 56MB dan setelah selesai pemasangan pada pelayar web, anda boleh terus jalankan ia dan terus bermain.

Anda boleh muat turun AirMech pada pautan ini : Download AirMech
Powered by Blogger.