Google Drive Kini Dilancarkan!

Seperti yang telah diwar-warkan pada pos yang terdahulu, Google kini melancarkan storan awan yang diberi nama sebagai Google Drive. Storan awan dari Google ini menawarkan 5GB ruang penyimpanan percuma kepada mereka yang mendaftar.


Cuma buat masa ini, meskipun telah dilancarkan pada URL https://drive.google.com/start, ia belum 'bersedia' untuk digunakan (Dalam kes Mr.Hac). Pun begitu, anda masih boleh mengakses laman Google Drive pada URL tersebut. Jika anda sudah mendapat akses kepadanya, sila ke URL https://drive.google.com/ dan anda boleh muat turun klien Google Drive untuk PC atau Mac anda. Tak lupa juga terdapat klien untuk telefon pintar.

Anda boleh memilih untuk menaiktaraf ruang storan dengan membelinya pada harga:

1. 25GB = $2.49/sebulan
2. 100GB = $4.99/sebulan
3. 1TB = $49.99/sebulan

Anda juga boleh menaiktaraf sehingga 16TB!

Dengan menaiktaraf ruang storan Google Drive, ruang e-mel anda juga akan bertambah kepada 25GB. Apa yang Mr.Hac harapkan dari Google Drive ialah, yang pertama harapnya ada program affiliate supaya dapatlah dikembangkan ruang penyimpanan tanpa perlu mengeluarkan 'modal', dan yang kedua biarlah ada sokongan aplikasi desktop untuk Linux. Dengarnya, aplikasi desktop untuk Linux sedang giat dibangunkan.

Dengan ini, Google Drive pasti akan jadi lebih cemerlang dan berdaya saing kerana pelbagai produk sudahpun dihubungkan dengan Google seperti Gmail, Youtube, Google Plus dan sebagainya. Google Drive bakal menjadi satu lagi produk kebanggaan Google.
Powered by Blogger.