Hackim Si Penggodam - Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?



EPISOD KETIGA

Pada minggu yang berikutnya, di kelas komputer Arif bertanya kepada Hackim adakah dia telah berjaya melaksanakan misi pertamanya itu? Hackim mengiyakan soalan Arif dengan rendah diri. Arif berkata dalam hatinya :

"Orang seperti dia inilah yang aku mahu, rendah diri. Aku akan cuba didik dia sebaik mungkin!"


Arif pun berkata sambil tersenyum :

"Kau menjalankan misi kau dengan baik. Bagus!"


Kemudian Arif menyuruh Hackim menunggunya di kedai makan selepas sekolah, tempat mereka berborak pada minggu lepas. Dan Hackim bersetuju dengan pelawaan Cik Arif.

Setelah habis sesi persekolahan, Hackim cepat-cepat pergi ke kedai tersebut supaya dia tidak mahu Cik Arif sampai dahulu dan menunggunya, sebaliknya dia lebih suka dirinya sampai dahulu dan menunggu Cik Arif.. Selang beberapa minit, Cik Arif pun sampai.. Mereka bersalaman dan duduk. Mereka terus ke topik Hacking mereka itu. Cik Arif bertanya :

"Kau tahu tak kenapa aku suruh kau godam wifi?"


Hackim menjawab :

"Untuk saja-saja je kot"


Cik Arif membalas :

"Hahaha. Kau buat lawak pulak eh? Cuba fikir betul-betul. Aku serius ni."


Hackim menjawab dengan serius :

"Okay. Pada pendapat saya, bila mendengar Cik Arif ada berkata pasal berdikari, di situ saya tau yang saya perlu berdikari jika ingin mendapatkan sesuatu. Dalam dunia godaman ini, Internet adalah "benda" yang mesti ada. Jadi, kaitan antara berdikari dengan intenet ini adalah apabila saya tiada connection internet, saya perlu mencarinya, dan jika ianya mempunyai sekuriti, saya perlu memecahkannya supaya saya boleh menggunakan wifi tersebut. Sebab saya ada pernah tengok dalam filem-filem hacking ini, mereka jarang melakukan aktiviti penggodaman di rumah mereka, sebaliknya di kawasan terbuka kerana pihak berkuasa sukar untuk mengesan mereka ini."


Cik Arif membalas :

"Bagus jawapan kau tu. Cuma kau kena ingat, jangan hack dan gunakan wifi orang itu tanpa tujuan yang jelas. Itulah prinsip seterusnya yang kau kena sematkan dalam hati kau iaitu "tujuan yang jelas dan jitu". Ingat nak jadi white-hat hacker kita tak boleh menyusahkan orang lain. Kita kena menyenangkan orang lain. Tujuan yang jelas dan jitu adalah jika kita ada satu tugas, sebagai contoh fb member kau telah di godam oleh orang yang kau kenali. Orang itu menggunakan wifi dirumahnya semasa melakukan aktiviti penggodaman. Jadi kau kenalah pergi ke area rumahnya dan pecahkan sekuriti wifi-nya, dan godamlah komputer milik orang itu supaya kau boleh dapatkan semula password fb member kau tu. Ini hanyalah contoh sahaja. Tapi kalau aku bagi misi macam tu kat kau, boleh buat tak?"


Hackim menjawab :

"Entah la. Boleh kot tapi saya tidak tahu caranya. Hee."


Cik Arif membalas :

"Haha. Aku gurau je la. Okay aku nak tanya lagi, selain dari kau hack wifi ni, apa lagi yang kau dapat?"


Hackim menjawab :

"Dapat password la Cik Arif."


Cik Arif membalas :

"Yeah! Okay apa yang kau perasan kat password tu?"


Hackim menjawab :

"Ada nama orang dengan nombor. Ada yang nampak macam tarikh lahir la, nombor plat kenderaan la, nama kucing la. Tapi semuanya yang berkaitan dengan pemilik wifi tu la."


Cik Arif membalas :

"Betul tu! Semuanya berkaitan dengan pemilik wifi itu betul tak? Jadi, itulah tujuan aku juga. Aku mahu kau tahu yang password ni orang selalu guna yang berkaitan dengan diri mereka sahaja. Sebab ianya SENANG DI INGAT. Orang akan selalu gunakan namanya sendiri, keluarga, haiwan peliharaan, tarikh lahir, nombor plat, nombor telefon dan nombor umum dan senang ditaip seperti 12345."


Hackim membalas:

"Ohh. Baru saya faham. Terima kasih Cik Arif! Maklumat ini amat berguna untuk saya gunakan pada masa hadapan."


Cik Arif membalas:

"Sama-sama. Erm. Aku nak bagi kau misi yang kedua ianya ada kaitan dengan perbualan kita mengenai password tadi iaitu....."


Apakah misinya?? Sama-samalah kita tunggu... Kalau nak teka misinya, boleh komen dibawah. =)

Sekian.
Powered by Blogger.