Lyrics of The Day #4


Malique featuring Rabbani - Perang Dah Tamat


[Mainkan mp3 ini dengan klik pada butang play]


[Tun Dr. Mahathir - Intro]

The world now lives in fear,
We are afraid of everything!

[Rabbani - Korus]


Alhamdulillah..
Kita selamat,
Kabus dah hilang,
Perang dah tamat,
Nyanyikan lagu,
Damai dalam lena,
Jangan buka mata,
Realitinya sungguh berbeza!

[Malique]

Berita yang ditunggu,
Kini sedang tersebar,
Seluruh umut manusia,
Boleh tersenyum lebar,
Perang sudah tamat,
Terpampang di dada akhbar,
Senjata dah dilucutkan,
Malahan dibakar,

Jalan dah dibuka,
Bekalan dah dihantar,
Pengawal sempadan bersalaman,
Dan bergambar,
Tiada lagi askar-askar luka,
Main kejar-kejar,
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar,

Bumi berhenti bergetar,
Tak perlu rasa gentar,
Tiang dah dipacakkan,
Bendera berkibar,
Yang sembunyi keluar,
Dah bersinar di luar,
Burung besi pulang,
Yang sebenar legar-legar,

Langit koyak dah ditampal,
Tiada halilintar,
Laut merah pudar,
Jala kembali ditebar,
Di desa bunga mekar,
Di bandar bangunan tegar,
Bunyi mercun,
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar,
Apakah benar?
Perang dah tamat?

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat,
Kita jadi buta warna,
Lihat kulit manusia,
Semuanya sama saja,
Pembunuhan,
Permusuhan,
Semua syak wasangka,
Harus dihentikan,
Berkuatkuasa serta merta,

Piagam Madinah dihidup dan dijana,
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama,
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama,
Tak disebut,
Tak diguna,
Tak lagi dicari makna,

Perang sudah bubar,
Perang sudah bubar,
Ganti sebiji peluru,
Dapat sebatang cigar,
Perang sudah bubar,
Perang sudah bubar,
Ganti sebatang senapang,
Dapat sebiji gitar,

Mereka kata tidak mungkin,
Aku balas benar,
Cuba tutup mata,
Baca risalah diedar,
Perang sudah tamat,
Ku nyanyi separa sedar,
Perang dah tamat,
Maaf, bukan cerita sebenar!

[Ulang Korus]


[Rabbani - Bridge]


Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan,
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan,
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan,
Bukan aku,
Bukan kamu,
Ajal Dia yang tentukan,

Ada Torah,
Zabur,
Injil,
Ada Quran,
Kalau Iqra',
Tiada ibu-bayi mati berpelukan,
Ada I-Ching,
Ada Tipitaka,
Ada Veda,
Habis baca semua,
Baru sedar kita tiada beza,

Kita manusia,
Lain nama dan fizikal,
Persamaan utamanya kita akal,
Biar haiwan saja bersifat territorial,
Ok, hypothetical - tiada peta politikal,

Saya orang aman,
Saya bukan orang jahat,
Saya benci perang,
Saya rela bersahabat,
Nyanyi lagu damai,
Satu dunia ikut rapat,
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat.

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]

War must therefore be made illegal..
Powered by Blogger.