Modifikasi Ubuntu 12.04 Dengan Alat Konfigurasi

Assalamualaikum.

Nampaknya banyak lagi yang akan diketengahkan mengenai Ubuntu 12.04 kerana sebaik sahaja keluarnya ia secara rasmi, laman web Ubuntu 'tersentak' dengan trafik yang berjuta-juta sehingga ia dalam keadaan seperti dilanggar todak terkena serangan DDoS. Ini bererti sambutan pengguna dan orang ramai terhadap Ubuntu telah bertambah meskipun Ubuntu telah menukar persekitaran desktopnya kepada Unity.

Buat masa ini, secara lalainya (default) anda boleh membuat modifikasi pada Ubuntu 12.04, namun untuk memodifikasinya secara 'ekstrim', seperti menukar tema, ikon tema, konfigurasi Unity, dan sebagainya lagi, anda perlukan alat (tool) konfigurasi yang tidak tersedia dalam Ubuntu tetapi tersedia sama ada dalam repositori rasmi ataupun PPA dari pembangun alat tersebut.

Gnome Tweak Tool



Ini ialah sebuah alat yang memudahkan anda untuk mengubahsuai tema, ikon tema,dan beberapa tetapan yang lain. Ia tersedia dalam repositori rasmi Ubuntu 12.04, dan anda boleh pasangkan ia dengan mudah melalui Terminal dengan menggunakan baris perintah:


sudo apt-get install gnome-tweak-tool


Ubuntu Tweak [0.7]


Ketika entri ini ditulis, Ubuntu Tweak baru sahaja melepaskan versi terbaru alat ini iaitu versi 0.7. Ini adalah alat serba guna, yang membolehkan anda mengubahsuai pelbagai tetapan. Ia tersedia dalam PPA rasmi pembangunnya:

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

MyUnity


MyUnity ialah alat khas yang dicipta untuk mengubahsuai persekitaran desktop Unity. Anda boleh ubah pelbagai pilihan untuk menjadikan desktop Unity sesuai dengan kehendak anda. Ia juga seperti Gnome Tweak Tool, tersedia dalam repositori rasmi Ubuntu 12.04:


sudo apt-get install myunity

Untuk pengetahuan anda, versi yang akan datang bakal membawa kepada kaedah penetapan secara visual, yang dapat anda lihat pada video di bawah:




Unsettings

Unsettings ialah alat yang seakan-akan MyUnity, tetapi mempunyai fungsi yang lebih sedikit dari MyUnity, dan kurang sedikit dari Ubuntu Tweak. Ia adalah alat yang amat berguna untuk mengubah tetapan Unity desktop.


Pasangkan ia melalui PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:diesch/testing
sudo apt-get update
sudo apt-get install  unsettings
Powered by Blogger.