Mozilla Melancarkan BrowserQuest : HTML5 Browser MMORPG

Bagi mereka yang gemar bermain permainan MMORPG, anda pasti akan menyukai BrowserQuest, sebuah permainan yang dibina dengan teknologi HTML5, Javascript serta CSS3 dari Mozilla.

Permainan ini cukup ringkas. Anda hanya perlu masukkan nama anda, jelajahi segenap bandar, membunuh raksasa dan bersembang dengan pemain-pemain dalam talian yang lain.




Ini adalah demo yang menunjukkan kepermainan dalam bentuk 2D dan sedikit gambaran bagaimana ia dimainkan:




Sila ke BrowserQuest untuk mula membunuh raksasa dan mengumpulkan mata sekarang!

Sebelum terlupa, BrowserQuest ialah permainan sumber terbuka, dan anda boleh melihat kod sumbernya di sini : https://github.com/mozilla/BrowserQuest
Powered by Blogger.