OWASP Mantra : Pelayar Web Untuk Penggodam

Salam. Dulu Mr.Hac pernah membuat ulasan/reviu mengenai pelayar web Maxthon, Iron, Lunascape, Comodo Dragon dan 10 jenis pelayar web yang jarang didengari. Sila gunakan kotak carian dengan kata kunci 'web browser' untuk mencari entri-entri tersebut.

Perbahasan mengenai pelayar web yang paling sesuai untuk penggodam diteruskan oleh komuniti dan forum seantero dunia. Setelah agak lama mencuba, Mr.Hac tergerak hati untuk memperkenalkan kepada anda pelayar web yang dicipta oleh penggodam, khusus untuk penggodam, iaitu OWASP Mantra.

OWASP ialah kata singkatan dari perkataan Open Web Application Security Project. Mantra ialah himpunan tools yang sangat berguna ke dalam satu pelayar web, yang mana tools ini boleh digunakan oleh para pelajar, penguji penembusan (penetration testers), pembina laman web dan lain-lain.

Pelayar web ini didatangkan dalam versi Windows, Mac dan Linux. Ia dibuat dalam bentuk mudah alih (portable), dan dibuat dalam dua asas, iaitu berasaskan pelayar web Firefox, dan Chromium. Ianya adalah percuma, dan berlesenkan sumber terbuka.

Berikut adalah beberapa paparan skrin OWASP Mantra:





Terdapat pelbagai fungsi dan Addon tersedia di dalamnya, seperti untuk tujuan Anonymity, Suntikan SQL, Information Gathering dan lain-lain lagi.

Anda boleh muat turun dan cuba sendiri pelayar web ini melalui laman web rasminya di sini :

Klik -> OWASP Mantra
Powered by Blogger.