Perkongsian Samba Antara Ubuntu dan Windows

Kita sedia maklum, Ubuntu (Linux) dan Windows adalah berbeza dari segi infrastruktur sistemnya. Jika anda memasang Ubuntu dual boot dengan Windows, dari Ubuntu anda boleh mengakses ke folder-folder pada Windows dengan mudah. Namun dari Windows ia tidak boleh 'membaca' fail atau folder pada Ubuntu. Namun jika anda menggunakan Ubuntu, dan rakan anda menggunakan Windows dalam satu rangkaian yang sama, anda boleh mewujudkan cara untuk berkongsi folder dan fail dengan mereka.

Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan Samba. Pasang Samba pada Ubuntu menggunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install samba samba-common
sudo apt-get install python-glade2
sudo apt-get install system-config-samba

1. Buka Samba dari Menu. Paparan di bawah adalah dari MATE Desktop. Jika anda menggunakan Unity, cari Samba melalui Dash.


2. Klik pada butang + untuk memilih folder. Pilih /home/nama_anda.


3. Klik tab 'Access' dan pilih pengguna.


4. Sekarang tetapkan kata laluan untuk folder anda. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:
sudo smbpasswd -a arya

P/s: Gantikan 'arya' dengan nama pengguna (username) anda.


5. Melalui Nautilus, klik kanan pada mana-mana folder yang anda ingini, pilih 'Sharing Options'.


6. Klik pada pilihan yang anda mahukan dan klik pada 'Create Share'.


7. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut untuk mendapatkan IP anda:
ifconfig

8. Kali ini, pergi kepada Windows, klik Run... (atau tekan Super Key + R) dan masukkan backslash + IP anda:


9. Network Sharing akan terbuka dan anda boleh klik pada folder dari Samba tersebut. Masukkan kata laluan anda telah anda tetapkan dan anda kini boleh berkongsi apa sahaja melalui folder tersebut.

(Maaf, gambar tidak dapat dimuat naik kerana tutorial ini dibuat pada PC dual-boot)

Untuk Memasuki Shared Folder Dari Ubuntu ke Windows:

1. Pilih mana-mana folder, klik kanan dan pilih Properties > Sharing > Share


2. Pilih nama pengguna anda:


3. Setelah tetingkap tadi tertutup, buka pula Advance Sharing > Share this folder > Permissions > Pilih apa yang anda mahu:


4. Buka Command Prompt dengan menekan Super Key + R dan taipkan cmd. Apabila Command Prompt terbuka, taipkan ipconfig untuk mendapatkan IP.

5. Kemudian, pergi kepada Ubuntu, buka Nautilus > File > Connect to Server

6. Pilih Windows Share, masukkan alamat IP pada kotak 'Server' dan klik pada Connect.

7. Masukkan kata laluan Windows anda (bukan kata laluan Samba).

8. Selepas anda berjaya disambungkan, klik pada shared folder anda dan masukkan kata laluan sekali lagi.

9. Selesai. Anda kini boleh mengakses shared folder pada kedua-dua sistem operasi.
Powered by Blogger.