[Sedut] Software Waktu Solat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ni lain sikit,
Mengenai software waktu solat.
Ia amat berguna untuk orang yang merantau jauh, segan silu bertanya waktu solat,
Jadi ada penyelesaiannya =)

Saya akan senaraikan 2 versi iaitu Mobile dan PC
Saya mulakan dengan PC dulu.

1. Waktu Solat 13 Beta 2

Pernah dengar software ni?
Ia mudah dan lokasi hanya di Malaysia sahaja.
Dilengkapkan waktu azan dan timetable waktu solat selama 1 bulan =)
Serta dibekalkan hadis2 ( tapi tak banyak la =( )

Contoh Screenshot :
klik untuk kejelasan maksima ^.P

Anda boleh download di sini
Waktu Solat 13 Beta 2


2. Athan Pro

Pernah dengar?
Software ni terkenal dengan lengkapnya element2.
Dilengkapi doa selepas azan, azan subuh, kiblat ( mengikut kompas tak silap saya )
terdapat 6 Juta bandar di seluruh dunia. ( terasa bangga kerana Kuala Nerang tersenarai jua ^.P )
Keunikan software ini bila kita on laptop, akan ada suara bismillah ^^
Cara nak setting pun simple, tak merumitkan dan mudah diguna.

Ini contoh Screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download sila klik di sini
Athan Pro 4.1

p/s : anda boleh cari di pakcik Google untuk versi latest ^^. Desktop serabut sikit, baru lepas tukar OS, ^^

itu antara 2 software azan yang saya pernah pakai dan bagus digunakan. PC dah story, mari kita masuk story mobile pula.


1. MySolat

Ia apps terbaik yang pernah saya gunakan dalam phone android saya. Senang digunakan, ia perlu download data 1 bulan 1x =)
dibekalkan dengan GPS kiblat ( saya agak ragu2 dengan itu ==" )

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download, tekan link ni
MySolat ( Android )


2. Muslim Pro

Apps ini boleh dikatakan multifunction lah. Kerana dibekalkan Azan, Kiblat dan juga Al-Quran ( translate malay tak ada. Indonesia ada la. huhu ). Malah ada hari2 penting dalam islam pun ada ^^
Al-Quran boleh download versi audio setiap surah.

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

untuk download, klik sini
Muslim Pro ( Android  )


Extra :
Apps Al-Quran yang translate dalam Bahasa Melayu ^.P
Lampiran :

klik untuk kejelasan maksima ^.P


berminat, boleh download di sini :
Al Quran Malay


Itu sahaja yang saya nak kongsi apa yang saya dah guna, dan berkesan ^^
Semua terletak di hujung jari saja, ( klik @ touch )
Harap sama2 kita gunakan untuk masa akan datang

p/s : jika download kat phone, sebelum masuk tandas haruslah matikan telefon tersebut. sebab ada apps al-quran kan? sesetengah orang cakap macam tu. Wallahualam.

extra p/s : maaf jika entri ni ada kekurangan, moody sikit, gaduh dengan beloved =( . Ayat tunggang terbalik kot. ^.P

Gambar hilang stress

Indahnya ciptaan Illahi =)
Powered by Blogger.