Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Review

Akhirnya kita merasa juga menggunakan teknologi terbaru dari Ubuntu apabila pelbagai penambahbaikan pada sistem operasi itu telah diimplementasi oleh para pembangunnya. Kita bukan hanya menunggu 'kosong'. Kita telah merasai versi alpha dan beta, dan juga telah membantu pembangun untuk membaiki bugs serta membuat penambahbaikan pada kod sumber. Oleh itu, kita berhak untuk merasai apa yang baru dan apa yang bagus pada Ubuntu 12.04. Berikut adalah reviu/rebiu beberapa ciri baru yang dapat kita lihat secara nyata:



1. Unity 5.8 yang superb
Antara yang boleh kita lihat dan rasai ialah Unity Dash yang telah diperbaharui. Ia tidak lagi menunjukkan ikon super besar pada Home Lens, sebaliknya ia akan menunjukkan Recent Apps, Recent Files, dan Recent Downloads.

2. HUD
Heads Up Display ialah cara baru untuk anda melakukan kerja-kerja anda. Sekarang ia telah menjadi lalai (default) dan ia kini mengikut gerak laku pada Unity Launcher/Dock seperti auto-hide dan saiz ikon.

3.  Unity Quicklist
Quicklist amat memudahkan apabila anda tidak perlu terkial-kial mencari menu pada ikon Unity. Anda cuma perlu klik kanan dan pilih sahaja apa yang anda perlu. Home Folder juga mempunyai Quicklist nya sendiri.

4.  Video Lens
Anda mahu mencari video yang ada dalam cakera keras anda? Video Lens mempermudahkan pencarian. Hanya perlu taip sahaja nama video dan ia akan segera terpapar. Terdapat pelbagai pilihan sama ada dari cakera keras mahupun pada laman video streaming.

5. Saiz Semula Unity Launcher
Anda tidak perlu lagi menggunakan CompizConfig Settings Manager untuk menetapkan semula saiz Unity Launcher/Dock. Anda boleh lakukan ia melalui menu tetapan Wallpapers.

6. Unity Launcher 'Always Visible'
Anda tidak akan dapat semula 'dodge windows', sebaliknya Unity Launcher akan sentiasa 'ada'. Sekiranya anda mahu ia 'auto-hide', anda boleh lakukan ia melalui menu Appearance -> Behaviour.

7. Ubuntu One Desktop Client - Qt based
Klien Desktop Ubuntu One telah di rekabentuk semula dengan menggunakan asas Qt. Ia menjadi semakin menarik dan kini telah disokong oleh sistem operasi Windows. Pengguna Windows boleh muat turun aplikasi ini dan pasangkannya pada Windows anda. Kini, pengguna Windows juga adalah pengguna storan awan Ubuntu One!

8. Pemain Muzik Rhythmbox
Pemain muzik Banshee yang telah dikritik hebat oleh para peminat Ubuntu kini telah mendapat kembali pemain muzik lalai yang terdahulu iaitu Rhythmbox. Anda tidak perlu gusar akan kehebatan dan fungsinya. Ia setanding dengan mana-mana pemain muzik yang ada pada Windows.

9. Firefox dan Libre Office Versi Terkini
Dalam bab perisian pejabat dan perisian internet, anda sentiasa mendapatkan yang terkini. Tak perlu bimbang untuk kesukaran memasangnya kerana ia sudah tersedia secara lalai.

10. Privacy Menu
Anda bimbangkan maklumat peribadi anda 'dihidu' oleh mana-mana orang yang menggunakan PC anda? Kini tidak lagi apabila anda boleh memilih untuk memadam kesemua rekod aktiviti pada PC anda.

Mahu tahu lagi apa yang terbaru? Cuba sendiri dan rasai perbezaannya sekarang! Oh.. Reviu di atas tiada gambar? Sebab sudah ada video! Sila tonton video-video dibawah.

Berikut adalah reviu dari Jupiter Broadcasting, The Linux Action Show!:




Ini adalah reviu dari quidsup:




Ini pula adalah video 10 ciri Ubuntu 12.04 yang terbaik dari OMG! Ubuntu!:


Powered by Blogger.