ADrive : Storan Awan Dengan Ruang Penyimpanan 50GB Percuma

ADrive ialah servis storan/penyimpanan awan yang mempunyai beberapa plan menarik. Seperti storan awan yang lain, ia mempunyai plan peribadi atau bahasa mudahnya, percuma. Namun apa yang menarik ialah tidak seperti Dropbox, ADrive memberikan ruang storan percuma sebanyak 50GB tanpa perlu merujuk (refer) kepada sesiapa.


Jika dibandingkan dengan storan awan MediaFire yang 'kononnya' memberikan ruang storan percuma tanpa had, MediaFire hanya membenarkan saiz fail sebanyak 200MB untuk akaun percuma, manakala ADrive memberikan kemudahan lebih dari 200MB (Tak pasti la berapa jumlahnya! Haha!).

Kemudian, untuk muat turun fail dari MediaFire, anda perlu lawati terlebih dahulu laman mereka, dan menekan butang 'Download', barulah anda boleh mendapatkan fail yang diingini. ADrive pula cukup dengan satu pautan untuk perkongsian fail. Anda boleh terus muat turun mana-mana fail yang diingini tanpa perlu menekan butang 'Download', 'Download Now', atau seumpama dengannya. Ia juga tiada masa menunggu, dan kelajuan muat turun fail juga adalah agak memuaskan hati.

Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan untuk menyunting (edit) fail anda dari File Manager. Tidak perlu lagi muat turun, sunting, dan muat naik semula fail anda. Ini memberikan kelebihan dari segi penjimatan bandwidth dan masa. Proses muat naik fail yang telah Mr.Hac jalankan juga agak pantas.

Lawati ADrive untuk mendapatkan ruang storans sebanyak 50GB sekarang!

Sebagai percubaan, anda boleh cuba muat turun fail video (Ong Bak 3 BRRip) yang bersaiz 499MB ini:

Download Ong Bak 3 BRRip
Powered by Blogger.