GIMP 2.8 Rilisan Stabil Telah Dilepaskan! [PPA Tersedia]

Setelah melalui pembangunan pesat selama 3 tahun, akhirnya GNU Image Manipulation Program (GIMP) versi 2.8 rilisan stabil telah pun dilepaskan dan ia tersedia untuk semua sistem operasi Linux.





Khas untuk mereka yang sangat suka kepada penyuntingan gambar, GIMP 2.8 membawakan pelbagai ciri menarik, khasnya yang telah lama diminta oleh para pengguna iaitu Single-Windows Mode seperti gambar di atas.

Anda boleh membaca nota rilis di sini : http://www.gimp.org/release-notes/gimp-2.8.html
(Penat nak tulis)

Untuk memasang GIMP 2.8 pada Ubuntu 11.10 dan 12.04, anda boleh gunakan PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update && sudo apt-get install gimp

PPA di atas masih lagi belum dikemaskini dari pakej 2.8 RC 1, namun dalam tempoh beberapa hari lagi versi 2.8 pasti akan dimuat naik. Mr.Hac 'menjumpai' PPA ini di sini. Seperti yang Mr.Hac janjikan, 'more good things to come', nantikan lagi berita-berita 'hangat' mengenai Linux, Ubuntu, Linux Gaming dan yang sama waktu seumpama dengannya!
Powered by Blogger.