Hackim Si Penggodam - Episod 11 (Autorun)

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

EPISOD KESEBELAS

Pada suatu petang, selepas habis sesi persekolahan, Hackim pergi ke cyber cafe untuk menggunakan internet kerana di rumahnya tiada elektrik. Tujuannya untuk mencari bahan-bahan rujukan ilmiah untuk kerja kursusnya. Setelah duduk di komputer, dia terperasan seseorang yang begitu "familiar" dengan matanya, dia pun cuba melihat siapakah orang itu. Rupa-rupanya Bluedragon! Dia sedang bermain Permainan RTS 0 A.D. Alpha 10 Jhelum pada ketika itu.

"Laa. Engkau rupanya Bluedragon. Tak habis-habis dengan game kau tu. Tapi... Bagus juga dia ada kat sini, boleh la aku tengok apa yang dia buat. Hehe. Okay, sekarang ni aku siapkan kerja aku dulu, lepas tu baru kacau dia. Harap-harap dia main lama sikit."


Hackim pun buatlah kerjanya sampai siap. Dan dia pun masukkan segala bahannya dalam pendrive miliknya. Semasa dia memegang pendrive, dia perasan sesuatu...

"Huh.. Siap pun kerja ni. Okay la. Aku nak pergi kacau si Bluedragon tu. Haha. Eh? Kejap.. Aku rasa aku macam tahu sesuatu."


Kemudian Hackim pun buka semula internet dan mencari beberapa maklumat yang dia inginkan. Dan dari situ dia memepelajari sesuatu. Kerana dia pernah terlihat satu artikel yang berkaitan penyebaran virus menggunakan usb pendrive. Di bawah ini adalah antara artikel-artikel yang di baca oleh Hackim :





Itulah artikel-artikel yang di baca oleh Hackim, dari cara melakukannya hinggalah cara untuk mempertahankannya. Kemudian dia muat turun segala program yang terdapat dalam artikel tersebut dan cuba praktikkannya. Dan menjadi! Kerana komputer di cyber cafe tersebut tidak mempunyai anti-virus, jadi senang untuk program tersebut autorun. Sekarang ni dia sedang memikirkan sesuatu, bagaimana untuk dapatkan email dan password Bluedragon ni.

"Emm. Aku nak buat macam mana eh? Dah la Bluedragon ni pandai. Takkan la tiba-tiba aku nak cucuk usb tu kat cpu dia. Kantoi la aku. Kejap! Aku rasa aku tahu.."


Hackim pun pergi ke Bluedragon dan berborak dengannya. Social engineering Hackim bermula!!

Hackim : Weh! Kau buat apa kat sini?

Bluedragon : Eh? Kau Hackim. Ingatkan siapalah tadi. Aku tengah main masak-masak je. Hahaha. Of course la aku main komputer! Itu pun mahu tanya lagi ke? Kau pula buat apa kat sini? Jarang nampak kau kat cc (cyber cafe) ni.

Hackim : Haha. Aku datang sini main masak-masak juga. Hehe. Gurau je. Aku datang sini sebab elektrik kat rumah aku tak ada. Cikgu sejarahkan suruh buat kerja kursus. Jadi aku cari bahan-bahan kat internet la. Cikgu kau tak ada suruh buat kerja kursus ke?

Bluedragon : Ohh. Ada. Alaa. Rilek sudah. Benda ni kita cuma kena buat dua benda je iaitu Ctrl+C dengan Ctrl+V. Lepas tu siaplah. Hahaha. Tajuk kau apa?

Hackim : Haha. Kau ni memang pemalas betullah. Aku punya tajuk Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Kau?

Bluedragon : Emm. Nampaknya kita ada jodoh. Haha. Aku punya pun sama juga. Kalau macam tu bagi aku tengok bahan-bahan kau tu.

Hackim berjaya untuk peringkat pertama!

Hackim : Boleh. Kejap aku cucuk pendrive ni dekat kau punya cpu. Okay.. Dah. Buka la.

Bluedragon : Banyak juga bahan-bahan yang kau cari ni. Nanti dah siap bagi aku tau. Lagipun cikgu kita lainkan. Hehe.

Hackim : Ikut suka kau lah Bluedragon. Aku tak kisah pun.


Setelah Bluedragon melihat semua bahan-bahan itu, dia pun suruh Hackim cabut semula kerana dia nak teruskan main permainannya itu. Hackim pun menurut saja apa yang di suruh oleh Bluedragon. Dengan hati yang gembira Hackim pulang kerumah.

Pada malamnya, setelah bekalan elektrik rumahnya ada semula, Hackim pun buka fail-fail yang mengandungi password Bluedragon, tetapi tidak satu pun ada. Hal ini kerana Bluedragon telah clearkan semua password dan email setelah logout dari akaunnya. Dia sememangnya orang yang berhati-hati. Hackim seperti sudah agak perkara ini akan berlaku. Dia tahu, setiap apa yang dia lakukan tak semestinya akan berjaya, jadi dia perlu cari cara lain untuk mendapatkan password dan email Bluedragon.

"Memang Bluedragon ni jenis yang berhati-hati. Tak apa, ada banyak cara lagi aku boleh buat. Lagipun setiap hari jumpa dia. Kalau nak "kena" kan dia guna telefon pun boleh. Tengok la keadaan macam mana nanti. Tapi yang autorun tu mungkin aku kena ubah sikit cara nak dapatkan password dengan email dia tu. Nanti tengoklah kat dalam internet lagi pasal autorun ni."


Itulah Hackim. Dia tidak putus asa dalam mencapai apa yang dikehendakinya. Dia tahu, ada banyak cara yang boleh di gunakan lagi. Yang penting, kena pandai cari peluang dan ruang! Okay. Kita tunggu ke episod yang seterusnya!

p/s : Fokus saya kat sini adalah cuba lihat artikel yang saya senaraikan di atas. Kerana ianya amat berguna. Kalau ada idea yang bernas atau apa saja idea yang anda ingin berikan, sila komen di bawah. Sokongan anda amatlah di hargai. =)

Hackim Si Penggodam - Episod 1 (Introduction)
Hackim Si Penggodam - Episod 2 (Hacking Wifi WEP/WPA)
Hackim Si Penggodam - Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)
Hackim Si Penggodam - Episod 4 (Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 5 (Kuala Lumpur)
Hackim Si Penggodam - Episod 6 (Operating System For PenTest)
Hackim Si Penggodam - Episod 7 (Tip-Tip Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 8 (Second Mission Started)
Hackim Si Penggodam - Episod 9 (ZestCool - Mangsa Pertama)
Hackim Si Penggodam - Episod 10 (Hack Windows 7 Password)

Sekian.
Powered by Blogger.