Hackim Si Penggodam - Episod 12 (Kisah Silam)

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

EPISOD KEDUA BELAS



Pada satu malam, Hackim baru teringat untuk membuat panggilan pada Encik Arif bagi memberitahu akan perkembangan misi keduanya itu. Dia pun mencapai telefonnya dan mendail no Encik Arif.

Hackim : Assalamualaikum Encik Arif.

Encik Arif : Waalaikumussalam Hackim.

Hackim : Ni saya nak bagitahu akan perkembangan saya mengenai misi kedua ini. Perkembangannya adalah.. (Anda boleh lihat perkembangannya pada Hackim Si Penggodam - Episod 9 (ZestCool - Mangsa Pertama) dan Hackim Si Penggodam - Episod 11 (Autorun) )

Encik Arif : Ohh. Baguslah tu. Yang untuk kawan kamu lagi seorang tu, siapa nama? Yang Dragon-dragon tu.

Hackim : Bluedragon.. Encik Ariff.

Encik Arif : Tak kisah la apa nama dia. Cuba kau buat satu fail autorun yang boleh menjalankan satu program yang dia minat. Dalam program tu kau cantumkan dengan keylogger. Sebab aku pernah buat benda ni, dan menjadi.

Hackim : Oh ye ke? Okay-okay. Saya akan buat nanti. Em. Sebelum tu, saya nak tanya ni. Masa tu saya ada main komputer, bila nak shutdown komputer tu ada satu pop up keluar. Saya dah tak ingat dia tulis apa. Tak silap saya "YOU HAVE BEEN HACKED BY RETSAM12345." dengan "STAY AWAY FROM ARIF. HAHAHA". Lebih kurang macam tu laa. Encik Ariff kenal tak siapa?

Encik Arif : Retsam12345? Kau biar betul?? Dia hack kau ke?

Hackim : Aah. Dia hack dan nama dia memang macam tu.

Encik Arif : Aduh. Bahaya ni. Nampaknya aku kena bagitahu kau siapa dia ni. Macam ni, aku dulu ada satu team hacker, kami tak ada nama pun untuk team itu. Ada 5 orang anggota. Kesemuanya ada rekod jenayah siber. Yang pertama adalah Mr.Hac, dia ni ketua kumpulan kitorang. Dia merupakan orang penting dalam menubuhkan kumpulan ini. Yang kedua adalah pr67am. Dia adalah orang yang cekap dalam membuat virus. Yang ketiga adalah Analyzer Programmer. Dia ni pakar dalam programming. Yang keempat adalah Retsam12345. Dia ni pakar dalam godam komputer. Dan aku akhir sekali. Kumpulan ini sebenarnya ditubuhkan secara tidak sengaja. Kerana kami semua berjumpa dalam satu perjumpaan underground yang dihadiri oleh semua hacker-hacker. Semasa berborak, Mr.Hac meluahkan pendapatnya untuk menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada kami berlima. Kerana dia merasakan kami berempat mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk membuat satu team hacker yang lengkap. Dan Mr.Hac ni boleh di kira hardcore hacker kerana kemahiran dia mengatasi kami semua. Jadi dia memang layak menjadi ketua kami. Kami semua pun bersetuju untuk menubuhkan kumpulan ini. Aktiviti hacking kami pun bermula.. Dan kami ini bukannya Black hat hacker. Kami ni grey hat hacker. Kami buat mengikut kepada keperluan. Jadi secara jujurnya kami telah berjaya membantu banyak syarikat dalam memperkasakan sekuriti website mereka, bangunan mereka dan sebagainya. Kami membuat ini sekadar suka-suka. Jika ada yang memberi habuan, kami terima seadanya. Semakin lama, semakin ramai yang mengenali kami kerana aktiviti hacking kami sudah diketahui ramai. Ada yang menentang dan ada juga yang menyokong. Bagi kami, itu semua lumrah. Kerana kami tidak buat salah, kami hanya membantu mereka yang memerlukan bantuan. Emm. Banyak jugalah yang aku pelajari dari diorang semua ni. Memang ilmu diorang ni kalau jatuh ke tangan orang yang salah, memang habis laa. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, kami pun bercadang untuk menggodam satu bank ini dengan memecah masuk bank tersebut tanpa di kesan oleh orang lain. Pada mulanya aku menyamar sebagai pekerja dari syarikat lain yang tergesa-gesa untuk memberikan satu dokumen kepada salah seorang dari pekerja bank tersebut. Macam biasalah, aku dah buat kajian tentang bank ni, jadi senang jelah aku lepas dari pengawal-pengawal yang bertugas dengan menggunakan teknik social engineering. Dah masuk, aku pergi ke satu tempat dimana semua suis dalam bangunan itu berkumpul pada satu tempat. Jadi aku menghidupkan suis penggera pada tingkat dua, kerana komputer yang ingin kami godam itu berada pada tingkat 6. Penggera tersebut telah menyebabkan semua pengawal yang bertugas pergi ke tingkat dua untuk melihat apa yang terjadi. Aku pun dengan cepatnya keluar dari situ dan terus pergi ke pintu belakang untuk memberi ruang kepada Mr.Hac dan Retsam12345 untuk pergi ke tingkat enam. Mereka pun masuk ke tingkat enam dan mencari komputer yang mempunyai akses untuk ke sistem utama, dan berjaya. Mereka telah memindahkan sejulah duit ke dalam satu akaun dengan menggunakan komputer tersebut. Kemudian padamkan segala maklumat yang boleh menyebabkan mereka di berkas. Setelah aku mengetahui mereka berjaya, aku pun menjerit kuat-kuat supaya dapat menarik perhatian pengawal. Tujuannya supaya Mr.Hac dan Retsam12345 dapat keluar dari bangunan bank tersebut dengan selamat. Pengawal pun datang kepada aku, aku pun cakap yang aku ada nampak hantu. Pengawal tu pun gelak. Aku tak kisah pun diorang nak gelak, janji kawan-kawan aku tu terlepas. Kemudian pengawal itu membawa aku keluar dari bank tu. Pada masa dan ketika itu, aku bersasa sangat lega kerana dapat menjayakan misi ini. Kami pun berjumpa di tempat yang telah ditetapkan sekiranya berjaya dalam misi tersebut. Tetapi...(diam seketika)

Hackim : Tetapi apa Encik Arif?
Apakah yang ingin dicakapkan oleh Encik Arif sebenarnya? Sama-samalah kita tunggu untuk episod yang seterusnya.

Hackim Si Penggodam - Episod 1 (Introduction)
Hackim Si Penggodam - Episod 2 (Hacking Wifi WEP/WPA)
Hackim Si Penggodam - Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)
Hackim Si Penggodam - Episod 4 (Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 5 (Kuala Lumpur)
Hackim Si Penggodam - Episod 6 (Operating System For PenTest)
Hackim Si Penggodam - Episod 7 (Tip-Tip Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 8 (Second Mission Started)
Hackim Si Penggodam - Episod 9 (ZestCool - Mangsa Pertama)
Hackim Si Penggodam - Episod 10 (Hack Windows 7 Password)
Hackim Si Penggodam - Episod 11 (Autorun)

Sekian.
Powered by Blogger.