Hackim Si Penggodam - Episod 13 (Kisah Silam 2)

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

EPISOD KETIGA BELAS



Encik Arif : Tetapi Retsam12345 telah menghilangkan diri. Dia telah menghilangkan diri semasa beliau pergi ke tandas. Mr. Hac sebenarnya sudah mengetahui perkara ini akan berlaku kerana sikap Retsam12345 yang begitu berubah sejak akhir-akhir itu. Di sebabkan itu, Mr. Hac telah menukar password akaun yang mempunyai sejumlah wang dari bank yang telah di ceroboh itu semasa mereka hendak keluar dari bank tersebut. Perkara itu tidak disedari oleh Retsam12345.

Dan pada keesokannya, Mr. Hac pergi ke bank tersebut dan menyatakan kepada pihak bank bahawa bank tersebut mudah untuk dicerobohi dan komputer mereka mudah digodam. Mr.Hac telah menerangkan beberapa langkah bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Mereka menerima kelemahan mereka dan menghargai kesudian kami untuk menguji sekuriti bank mereka. Berbalik semula kepada Retsam12345 ini, mengikut kepada panggilan yang dilakukan oleh Retsam12345, dia telah membuat panggilan ke satu nombor yang tidak diketahui, pada setiap hari terutamanya pada malam hari. Kami cuba untuk trace siapakah orang itu, tetapi tidak berjaya.

Sejak Retsam12345 itu menghilangkan diri, terdapat pelbagai jenayah siber yang telah berlaku di luar sana, terutamanya penggodaman kad kredit dan laman web. Kami seperti sudah mengesyaki bahawa di antara jenayah siber itu, pasti Retsam12345 antara penggodam yang melakukannya. Jadi Mr.Hac bekerjasama dengan pihak bank untuk menangkap Retsam12345. Tujuan Mr.Hac untuk mengetahui punca Retsam12345 meninggalkan kumpulan mereka dan adakah dia telah dipengaruhi oleh seseorang? Semasa dalam proses untuk menangkap Retsam12345, kami telah mengetahui siapakah orang yang selalu di telefon oleh Retsam12345. Orang itu adalah kawan rapat Mr.Hac sebelum mereka berdua ditangkap kerana melakukan jenayah siber suatu ketika dulu. Namanya Janjangz. Dia memang expert bab-bab godam laman web. Jadi Mr.Hac mengesyaki bahawa Janjangz telah mempengaruhi Retsam12345 untuk bersama dengannya melakukan aktiviti penggodaman. Mr.Hac tahu bahawa sukar untuk menangkap Retsam12345 jika dia telah bekerjasama dengan Janjangz. Jadi Mr.Hac telah menggunakan kepakaran dirinya untuk menggodam sistem telefon dan trace kedudukan Retsam12345 dan Janjangz semasa mereka berhubung. Tetapi tidak juga berjaya.

Ini menyebabkan kami terpaksan meminta pertolongan dari hacker-hacker yang lain untuk menangkap mereka berdua. Dan dalam masa lebih kurang sebulan, kami telah berjaya menangkapnya. Sebelum kami menghantarnya kepada pihak berkuasa, Mr.Hac telah bertanya kepada Janjangz, kenapa dia telah mengajak Retsam123345 untuk menyertai ideologi jahatnya itu? Janjangz hanya menjawab bahawa dia hanya ingin membalas dendam terhadap Mr.Hac kerana tidak dikenakan hukuman yang setimpal semasa disabitkan kesalahan jenayah siber. Jadi itulah punca semua ini berlaku. Retsam12345 yang masih muda mudah dipengaruhi oleh Janjangz. Oleh itu, mereka berdua telah dihantar ke pihak berkuasa untuk mengikut prosedur yang seterusnya.

Sejak dari peristiwa itu, Mr.Hac membubarkan kumpulan itu, padanya lebih baik kelebihan,kemahiran dan pengalaman yang ada pada kami semua ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap penggodam diluar sana dan menolong mereka yang buta sekuriti. Disebabkan itu aku telah bekerja di syarikat ejen perisik, untuk membantu mereka dengan menggunakan kemahiran yang aku ada iaitu mengintip dan social engineering. Pr67am pula telah bekerja dengan syarikat antivirus terkemuka. Analyzer Programmer pula telah bekerja dengan Mr.Hac dengan membuka syarikat komputer mereka sendiri. Setakat ini mereka berdua telah mencipta sistem operasi mereka sendiri, software yang selalu digunakan oleh hacker juga dicipta untuk digunakan oleh penetration tester atau syarikat-syarikat yang mementingkan sekuriti. Jadi sejak itu kami membuat haluan masing-masing.

Sekarang ni.. Kenapa Retsam12345 cari kau? Pada aku mungkin dia mahu pengaruh kau seperti dia telah dipengaruh oleh Janjangz. Memandangkan dia sudah berada di luar sana, aku mahu kau sentiasa perhatikan keadaan sekeliling. Jikalau ada apa-apa yang mencurigakan, contact je aku. Faham? Dia mesti ada agenda tersendiri untuk merekrut kau sebagai ahli dia.

Hackim : Baiklah. Saya faham Encik Arif. Saya akan lebih berhati-hati lepas ini.


Hackim pun pun meletakkan telefon bimbitnya di sebelah komputer dan terus googling mengenai Retsam12345. Dia ingin mengetahui sejarah Retsam12345. Tetapi Hackim tidak dapat menggunakan komputer itu pada masa yang lama kerana keesokkannya adalah hari sekolah. Dia pun terpaksa shutdown komputernya dan terus baring diatas katil untuk tidur...

Kini kita ketahui siapakah Retsam12345 ini sebenarnya. Jadi bagaimanakah Retsam12345 ini mempengaruhi Hackim? Adakah dia akan terpengaruh? Kita tunggu untuk episod yang seterusnya.

p/s : Hehe. Maaf ye lambat update. ^^

Hackim Si Penggodam - Episod 1 (Introduction)
Hackim Si Penggodam - Episod 2 (Hacking Wifi WEP/WPA)
Hackim Si Penggodam - Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)
Hackim Si Penggodam - Episod 4 (Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 5 (Kuala Lumpur)
Hackim Si Penggodam - Episod 6 (Operating System For PenTest)
Hackim Si Penggodam - Episod 7 (Tip-Tip Social Engineering)
Hackim Si Penggodam - Episod 8 (Second Mission Started)
Hackim Si Penggodam - Episod 9 (ZestCool - Mangsa Pertama)
Hackim Si Penggodam - Episod 10 (Hack Windows 7 Password)
Hackim Si Penggodam - Episod 11 (Autorun)
Hackim Si Penggodam - Episod 12 (Kisah Silam)

Sekian.
Powered by Blogger.