HTC One X [Beats Audio] Quick Review

Salam.

Maaf kerana lama tidak menulis. Sekarang sedang sibuk dengan kerja, dan tak lupa juga ada projek 'kecil-kecilan' untuk membuat radio dalam talian sendiri. Penangan Dragons of Atlantis juga memainkan peranan! Biasalah, dah tua-tua begini baru kenal dengan permainan video! Haha!

Sebelum anda membaca reviu saya mengenai teknologi Beats Audio yang telah dirasai melalui super smartphone HTC One X, anda boleh membaca reviu penuh mengenai smartphone ini di The Techblock.


Spesikasi HTC One X (Highlight):
  • 1.5 GHz Quad-Core Nvidia Tegra 3 Processor
  • 1 GB Ram
  • 4.7” Super LCD2 Touch Screen with 720p HD resolution
  • Gorilla Glass 2
  • Built in 32 GB storage
  • 8MP Camera with 1080p HD video recording
  • 1.3 MP Front Camera
  • 1800 mAH battery
  • NFC
Spesikasi penuh : GSM Arena


Siapa Dr.Dre?
Merujuk kepada laman Wikipedia, Dr.Dre atau nama sebenarnya Andre Romelle Young, adalah seorang penyanyi (rap) dari Amerika, dan merupakan seorang penerbit serta eksekutif rakaman, ahli perniagaan dan pelakon.
Apa Itu Beats Audio?
Beats Audio ringkasnya adalah teknologi peningkat audio yang telah diasas dan dipelopori oleh Dr.Dre. Teknologi ini membantu para pendengar khususnya peminat muzik untuk mendengar muzik dengan lebih baik dari teknologi yang lain.
Ok. Cukup setakat itu untuk intro mengenai Beats Audio. Seperti yang anda ketahui, saya adalah bekas pemuzik (underground) dan sangat meminati dalam bidang ini. Jadi apabila ingin membeli gadget, apa yang dicari adalah kepuasan dalam mendengar muzik. Jadi malam semalam saya tekadkan hati untuk membeli HTC One X yang dilengkapi dengan teknologi Beats Audio ini, beserta dengan In-ear headphones with Beats Audio by Dr.Dre.

Secara keseluruhannya, ini adalah gadget yang saya amat berpuas hati dari segi fungsi, kelajuan, dan juga ciri 'mesra pemuzik-nya'. Ia melengkapkan kehendak mereka yang gemarkan muzik, tidak kira apa genre sekalipun. Dengan pemproses Quad Core (4 Teras), prestasinya berada pada tahap kemuncak. Walaupun ada antara reviu yang 'tidak menyedapkan telinga' mengenai teknologi ini, tetapi kebanyakan dari mereka adalah penggemar gadget (biasa), dan bukan 'hardcore musician'. Jadi reviu dari mereka memang saya tidak pakai langsung!

Saya cuba mainkan beberapa muzik yang berbeza genre, dan ternyata Beats Audio 'menghidupkan' lagi 'feel' muzik itu. Dari genre pop, dance, hinggalah kepada brutal death metal seperti Cannibal Corpse, anda tidak akan puas mendengarnya. Mungkin jika saya tulis lebih lagi, ia akan kedengaran seperti terlebih dalam memuji. Jadi jika anda sama seperti saya, dan ada 'lebihan dana', saya sarankan HTC One X untuk diselitkan dalam poket anda. 5/5 bintang untuk smartphone canggih ini.
Powered by Blogger.