Hybryde Evolution 12.04 : Hybrid Linux Operating System!

Seringkali kita mendengar sistem operasi Linux yang mempunyai pelbagai pilihan persekitaran desktop seperti KDE, MATE, Unity, Gnome Shell, XFCE, Openbox, LXDE dan sebagainya. Setiap kali selepas selesai memasang persekitaran desktop yang disukai dan kemudian ingin bertukar kepadanya, pengguna perlu terlebih dahulu log keluar dan log masuk balik dengan memilih persekitaran desktop tersebut. Bagaimana jika saya katakan hanya melalui satu menu pilihan, anda dapat bertukar desktop kegemaran dengan cepat tanpa perlu log keluar terlebih dahulu?

Ini dapat dilakukan melalui sistem operasi Hybryde Evolution 12.04, sebuah distro berasaskan Ubuntu (12.04 LTS) yang telah dimodifikasi sehingga dapat menjalankan pelbagai persekitaran desktop tanpa perlu log keluar melalui menu yang digelarkan sebagai Hy-menu.




Sistem operasi ini adalah dalam bahasa Perancis, namun anda dapat menukarnya kepada bahasa Inggeris dengan mudah. Hanya perlu ikut tutorial ini : Change the User Interface Language in Ubuntu

Berminat setelah melihat video di atas? Anda boleh muat turun fail ISO sistem operasi ini pada laman web rasminya di sini : Hybryde Linux Distribution

Tips : Untuk memudahkan anda 'memahami' bahasa Perancis pada laman webnya, sila gunakan Chrome yang mempunyai penterjemahan terbina dalam.
Powered by Blogger.