MediaFire Beralih Konsep Ke Storan Awan : Klien Linux Tersedia!

Seperti mana yang Mr.Hac katakan dahulu, Mediafire telah pun beralih konsep dari storan 'biasa' kepada konsep storan awan (Cloud Storage) dan kini, Mediafire menyediakan klien dekstop untuk sistem operasi Windows, Mac OS X dan juga Linux. Di bawah ialah paparan klien desktop MediaFire Express dalam Ubuntu 12.04:



Ini pula ialah video mengenai cara penggunakan MediaFire Express pada Windows:




Kesemua klien masih lagi dalam fasa beta. Namun bolehlah dikatakan di sini ia sudah hampir mencapai fasa stabil kerana Mr.Hac belum menemukan sebarang crash lagi. Cuma sekiranya ia dapat ditambah baik untuk integrasi dengan paparan desktop Unity, maka ia akan jadi lebih bagus lagi.

Anda boleh muat turun klien MediaFire Express pada pautan ini : Download
(Sila log masuk ke akaun anda terlebih dahulu).

Setelah anda muat naik fail anda melalui klien tersebut, fail anda akan ditempatkan  dalam satu folder khas MediaFire Express. Perkongsian jadi lebih mudah, sepertimana yang anda dapat lihat pada gambar dan juga video, yang menunjukkan anda dapat menyalin pautan fail yang telah anda muat naik pada sokongan yang terdapat di klien desktop.

Bagaimana sekarang? Mediafire semakin mengorak langkah menuju ke depan bukan?

P/S : Jangan tanya widget apa yang ada pada desktop Mr.Hac itu. Tak lain tak bukan ia adalah Conky. Sabar. Entri mengenai Conky dan Compiz bakal menyusul!
Powered by Blogger.