Pasang Beats Audio Pada Mana-Mana Android Smartphone

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya saya tidak mengemaskini pos di sini kerana sibuk dengan tugasan kerja yang memerlukan saya 'merantau' ke negeri lain. Setelah sekian lama jari ini tidak menaip untuk blog, terasa pula banyak benda yang telah saya ketinggalan untuk kongsikan bersama. Jadi hari ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh pasangkan Beats Audio pada mana-mana smartphone yang dikuasakan oleh Android.

Penafian: Dengan melakukan pemasangan ini saya menganggap anda sudah jelas dan faham mengenai sistem Android. Jika sesuatu berlaku saya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam tutorial ini tidak akan bertanggungjawab terhadapnya.]


Anda boleh tonton video di bawah dan kuatkan volume jika tidak jelas:



Atau boleh juga tonton video ini:




Kaedahnya mudah:
1. Muat turun fail zip Beats Audio (Pautan akan diberikan di bawah pada muat turun)
2. Reboot, pergi kepada ClockworkMod Recovery dan pilih 'Install zip from sdcard'.
3. Navigasi ke fail zip tersebut lalu pasangkannya.
4. Reboot.
5. Enjoy!

P/S : Jangan lupa buat sandaran (Nandroid Backup) terlebih dahulu sebelum melakukan pemasangan.

Pautan Rujukan:

1. (MOD)Beats Audio(2.3+up)05/06/12 (xda developers)
2. Get Beats Audio on your non-HTC Android phone

Muat Turun Beats Audio:

1. BeatsAudio5.1.zip
2. BeatsAudio5.1(SGS2).zip

Powered by Blogger.