Pasang Conky Pada Ubuntu 12.04

Anda suka melihat desktop? Kalau anda suka ia kelihatan 'bersih' tanpa sebarang shortcut yang berserabut, anda boleh hiaskan ia dengan Conky. Pada Ubuntu 12.04, ditambah pula dengan Conky-Lua, ia memang tampak bergaya.


1. Anda boleh pasangkan Conky dengan mudah melalui Terminal:

sudo apt-get install conky conky-all

2. Muat turun fail Conky-Lua pada pautan ini : gnome-look

3. Ekstrak fail Conky-Lua itu tadi dan Ekstrak pula fail-fail yang berada dalamnya.


4. Pilih folder yang anda perlukan. Sebagai contoh Ubuntu, pilih folder Conky ubuntu-lua. Dalam folder tersebut terdapat satu fail dengan nama conkyrc. Namakan semula (rename) ia kepada .conkyrc dan alihkan ia ke Home Folder.


5. Buka Home Folder anda, dan tekan kekunci Ctrl+H untuk menampilkan semua fail tersembunyi. Cipta satu folder dengan nama .conky dan salin dua fail dari folder Conky ubuntu-lua (new-ubuntu-logo.png dan clock_rings.lua) ke dalam folder .conky tersebut.


6. Buka fail .conkyrc yang tersembunyi itu tadi dengan klik kanan padanya dan pilih Open With Text Editor.


7. Tukar baris berikut:

/~.lua/scripts/clock_rings.lua

kepada

~/.conky/clock_rings.lua

8. Kemudian buka Startup Applications, klik Add, dan pada:

Name : Conky

Command : sh -c "sleep 30s; conky -c ~/.conkyrc"

Comment : Display system information

9. Untuk menjalankan Conky, buka Terminal dan taipkan 'conky'.

Anda boleh lihat pada tutorial yang terdahulu mengenai Conky di sini.
Powered by Blogger.