Pasang Tema Mac OS X Pada Ubuntu 12.04

Tema Mac OS X sememangnya digemari oleh pengguna baik sistem operasi Linux mahupun Windows. Ia adalah atas dasar kreativiti, dan atas dasar itulah wujudnya tema yang boleh digunakan untuk mencipta mimik kepada sistem operasi asal.

Dalam Ubuntu 12.04, anda boleh menjadikan desktop anda seperti di bawah:





Tak lupa juga dengan gabungan kesan visual Magic Lamp menggunakan Compiz, ia tampak seakan Genie Effect pada Mac OS X. Jadi, mari kita mulakan langkah-langkah pemasangan tema.

1. Muat turun wallpaper Mac OS X : Mac-Lion-Wallpapers.zip

2. Pasang Cairo Dock atau Docky:

sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins
sudo add-apt-repository ppa:docky-core/stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install docky

3. Untuk memasang tema Mac OS X Lion, buka Terminal, salin dan tampal baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:noobslab/themes
sudo apt-get update

Pasang kursor

sudo apt-get install mac-os-lion-cursors

Pasang ikon

sudo apt-get install mac-os-lion-icons

Pasang tema

sudo apt-get install mac-os-lion-theme

4. Pasang Mac OS X Splash Screen:


wget https://dl.dropbox.com/s/s0vcsapl9uddjlp/Paw-OSX.zip?dl=1
unzip Paw-OSX.zip
sudo cp -R Paw-OSX/ /lib/plymouth/themes
sudo update-alternatives --install /lib/plymouth/themes/default.plymouth default.plymouth /lib/plymouth/themes/Paw-OSX/paw-osx.plymouth 100
 5. Gunakan baris perintah ini untuk mengaktifkan Paw Splash:

sudo update-alternatives --config default.plymouth

Pilih nombor 1 dan tekan Enter.

6.  Sila tetapkan Unity Launcher kepada Auto Hide. Anda boleh gunakan System Settings >>> Appearance >>> Behavior

7.  Untuk mengubah tema, anda boleh gunakan Gnome Tweak Tool atau lebih mudah gunakan Ubuntu Tweak:


8. Sekarang anda cuma perlu mengubah wallpaper. Selesai!

Kredit kepada Noobslab untuk PPA dan tutorial.
Powered by Blogger.