Permainan RTS 0 A.D. Alpha 10 Jhelum Dirilis

Bagi peminat permainan RTS seperti saya, rilisan ini adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Bulan April yang lalu, permainan 0 A.D Alpha 9 Ides of March, memasuki Ubuntu Software Center dalam Ubuntu 12.04. Kini versi Alpha 10 yang diberi kod nama Jhelum dilepaskan kepada para pemain.


Anda boleh membaca nota rilis untuk versi Alpha 10 di sini : Wildfire Games : New Release: 0 A.D. Alpha 10 Jhelum

Untuk memasang versi terbaru ini pada Ubuntu 12.04, 11.10, 11.04, 10.10 dan 10.04, anda boleh pasangkannya menggunakan PPA:

sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad
sudo apt-get update 
sudo apt-get install 0ad

Untuk pemasangan pada Windows, Linux [distro selain Ubuntu], dan Mac OS X, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Instruction for Windows

Instruction for Linux

Instruction for Mac OS X

Berikut dipaparkan video mengenai permainan 0 A.D. Alpha 10 Jhelum:


Powered by Blogger.