UFO : Alien Invasion 2.4 Dilepaskan!

UFO : Alien Invasion ialah permainan yang tersedia untuk platform Windows, Mac, dan khususnya Linux. Ia adalah permainan strategi yang percuma, sumber terbuka, dan boleh dimuat turun pada laman web rasminya, melalui klien Desura, ataupun melalui PlayDeb.



UFO : AI ialah berkisarkan tentang makhluk asing yang ingin menjajah bumi. Anda mengetuai satu unit khas untuk menentang kebangkitan makhluk asing ini dan dalam percubaan untuk menumbangkan gerombolan tentera makhluk asing tersebut, anda perlu melakukan kajian untuk membina senjata yang lebih besar dan canggih.

Permainan ini sememangnya amat memuaskan hati, cuma mungkin bagi yang tidak biasa mungkin tampak 'rumit' sedikit.

Apapun, ini ialah sedikit intro yang diperoleh dari Youtube:




Lawati laman web rasmi UFO : AI di sini : UFO:AI
Powered by Blogger.