Voyager : Distro Linux Dari Perancis

Sudah lama tidak mencari distro baru yang tidak memeningkan kepada seperti Pinguy OS, baru-baru ini tergerak hati untuk mencarinya di serata Google, dan akhirnya terjumpalah dengan Voyager, sebuah distro yang sesuai untuk pemula dari Perancis.


Ia dilengkapi dengan tweak-tweak yang awesome, dan menggunakan Xubuntu sebagai asas atau tapak kepada distro ini. Xubuntu mempunyai menu seakan klasik, yang memudahkan pengguna baru untuk meneroka, selain dilengkapi dengan AWN launcher. Tak lupa juga pembangun telah memasukkan Conky Control, yang mana memudahkan pengguna baru untuk menukar pattern Conky yang disukai dengan mudah sekali.

Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai perisian yang telah dipasang secara lalai (default) dan ini semestinya tidak akan memeningkan kepada jika anda tidak mahu lagi memasang sebuah distro dan kemudian terpaksa pula memasang perisian-perisian yang lain, yang akan menjamah dengan rakus masa anda yang berharga.

Berikut merupakan video pengenalan kepada Voyager 12.04 LTS:




Untuk pengetahuan anda, Voyager 12.10 berasaskan Ubuntu Quantal Quetzal sedang giat dibangunkan. Mainkan video di bawah yang merupakan pra-tonton kepada versi tersebut:



Bagaimana? Tertarik dengan fungsi dan kecantikannya? Anda boleh muat turun dan membaca dengan lebih terperinci mengenai Voyager 12.04 pada laman rasmi pembangunnya di sini : Voyager
Powered by Blogger.