Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Mungkin ramai yang telah tahu tentang akta pindaan 2012, tetapi ramai juga yang tidak tahu. Jadi ada baiknya kalau aku share kat sni.
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan
Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih
bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah
pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal
dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak
ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana
para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan
yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.
Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada
blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter
anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan
melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana
sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun
sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan
kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah
seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu
membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
- Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
- Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
- Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
- …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.
P/S: Dimanakah yang dikatakan " Dunia Tanpa Sempadan " . Yang tidak bersalah menjadi mangsa juga ke ?? Hak kebebasan berinternet kita dirampas LOL!!!!
0 comments :
Post a Comment