Cara Root HTC One X

Salam semua.

Kali ini Mr.Hac ingin berkongsi cara untuk root HTC One X. Bagi pemilik peranti ini, jika anda ingin melakukannya, sila lakukan atas risiko anda sendiri! Saya tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian anda sekiranya berlaku apa-apa.

Ini adalah cara yang saya sendiri gunakan. Jadi disebabkan telah terjamin keberkesanannya, dan jika anda melakukannya 100% mengikut video tutorial, kebarangkalian untuk risiko bricking adalah sangat rendah.

Bagi yang tidak tahu apa kegunaan root untuk Android, Mr.Hac akan tulis pos berasingan untuk menjelaskan kepada anda apa faedah yang anda dapat jika anda 'root' smartphone anda.

Perkara Perlu Dilakukan :

1. Unlock Bootloader
2. Root HTC One X

Mari kita teruskan dengan perkara pertama, iaitu unlock bootloader.


Langkah-langkah yang dibuat:

1. Pergi ke laman HTCdev.com dan daftarkan satu akaun
2. Setelah daftar dan sahkan akaun anda melalui e-mel, sila klik pada Unlock Bootloader -> Get Started


3. Seterusnya klik pada Select Your Device dan pilih All Other Supported Models

4. Klik Begin Unlock Bootloader

5. Ikut arahan yang tertera pada skrin (tonton video 1/2 di atas untuk memahami langkah-langkah yang disebutkan).

Root HTC One X:


Langkah-langkah yang dibuat:

1. Anda perlu muat turun dahulu fail fastboot di sini : fastboot.rar
2. Ekstrak fail tersebut (dengan menggunakan WinRAR atau mana-mana perisian setara).
3. Salin fail CWM-SuperSU-v0.89.zip ke dalam sdcard One X anda. Untuk melakukannya, anda perlu sambungkan One X kepada komputer dengan menggunakan kabel USB dan tukar status kepada Disk drive.
4. Setelah selesai menyalin, tukar status Disk drive kepada Charge only.
5. Buka command prompt dengan menekan butang berlogo Windows + R dan taipkan 'cmd' lalu tekan Enter. Halakan command prompt pada folder fastboot.


6. Masuk kepada Bootloader dengan menekan secara serentak butang Power + Volume Down. Jangan lepaskan kedua-dua butang itu sehingga anda melihat bootloader. Pilih FASTBOOT dan tekan butang Power.
7. Taipkan fastboot flash recovery recovery-clockwork-touch-5.8.4.0-endeavoru.img dan tekan Enter. Ini akan memasang ClorkworkMod Touch Recovery versi terbaru pada waktu pos ini ditulis.
8. Untuk memudahkan kerja, anda boleh namakan semula fail itu kepada recovery.img sahaja. Jadi baris perintahnya adalah fastboot flash recovery recovery.img. Faham kan?
9. Dalam video yang disediakan di atas, ada satu lagi langkah yang beliau terlupa hendak nyatakan iaitu selepas selesai anda flash recovery, sila masukkan baris perintah yang PENTING ini untuk mengelakkan sebarang ralat:

fastboot erase cache

10. Masuk ke mode RECOVERY. Sila tonton video 2/2 untuk melihat kaedahnya (minit ke 3:03)
11. Navigasi ke arah install zip from sdcard -> choose zip from sdcard -> Pilih CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power.
12. Pilih Yes - Install CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power (Jika CWM menyokong fungsi sentuhan, anda cuma perlu menyentuh sahaja pilihan yang disebutkan).
13. Go Back -> reboot system now
14. Masuk Play Store dan sila pasangkan Busybox! Penting dan WAJIB untuk digandingkan dengan SuperSU!
15. Sekarang HTC One X anda sudah pun berjaya di-root! Anda boleh cuba mana-mana apps yang memerlukan root untuk memastikannya atau anda boleh pasangkan Root Validator untuk memeriksa status root anda.

Tahniah! Unlocked and Rooted!

My Phone: HTC One X [Unlocked. Rooted]
ROM: InsertCoin Evolution 6.4.5
Kernel: Bricked 0.3 with Sweep2Wake
CPU: NVIDIA Tegra 3 - 1.5 GHz quad-core
Firmware: 1.29.401.11
Recovery: CWM Recovery (Touch) 5.8.4.0



Powered by Blogger.