Elementary OS Luna Beta-1 Bakal Dirilis

Salam semua.

Rasanya agak lama juga Mr.Hac tidak menulis mengenai sistem operasi Linux. Kali ini saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa Elementary OS Luna Beta-1 bakal dirilis tidak lama lagi! Buat mereka yang masih belum mengetahui atau masih kurang jelas mengenai sistem operasi ini, sila baca reviu sebelum ini mengenainya di sini : Pra Tonton Teknologi Elementary OS Luna [Download Daily Build ISO]

Jika anda sukakan kelajuan, kelancaran, kebolehan untuk mengubah suai hampir apa sahaja pada sistem operasi Linux tetapi tidak mahu pening kepada dengan masalah untuk memasangnya seperti sukarnya memasang Arch Linux, maka Elementary OS Luna adalah jawapan yang tepat dan terbaik.

Ia didatangkan bersama dengan kelajuan yang telah ditingkatkan, dan juga bersama beberapa aplikasi asas yang mana jika anda rasa ia tidak mencukupi atau tidak memenuhi kehendak anda, anda boleh pasangkan perisian atau aplikasi yang baru.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perubahan ketara yang dapat dilihat pada Elementary OS Luna iaitu Files telah menggantikan (fork) Marlin, iaitu aplikasi pengurus fail dan Noise telah menggantikan Beatbox, pemain muzik default bagi Elementary OS. Berkemungkinan nama 'Noise' itu bakal ditukar apabila rilisan stabil dilepaskan kepada pengguna (mungkin). Tak lupa juga Plank iaitu dock pada Elementary OS telah menyokong fungsi seret dan lepas (drag and drop).

Berikut Mr.Hac paparkan beberapa paparan skrin (screenshot) Elementary OS Luna Daily Build rilisan terbaru. Anda boleh jangkakan rilisan beta-1 tidak akan jauh bezanya dari paparan ini. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Slingshot Launcher


Noise (Fork Kepada Beatbox)

Files (Fork kepada Marlin File Manager)

Sokongan Fungsi Drag and Drop Pada Plank

Powered by Blogger.