Firefox 13 Rilisan Stabil Kini Dilepaskan

Bagi para peminat Firefox, setiap rilisan stabil adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu. Firefox semakin berevolusi ke arah yang lebih baik, dan ini adalah satu bonus buat peminat-peminatnya.


Dalam rilisan versi 13 ini, terdapat dua perubahan signifikan yang dapat dilihat pada Firefox. Perubahan yang pertama ialah Home/Start Page, yang boleh diakses dengan menaip 'about:home' pada bar URL.


Tetapan boleh diakses dengan mudah pada setiap ikon pintasan berwarna kelabu pada bahagian bawah Start Page tersebut. Perubahan kedua pula ialah pada New Tab Page, yang mana ia diubah dengan menambah Speed Dial (lihat pada video di atas). Speed Dial tersebut boleh di-pin, dibuang, atau dialihkan kedudukannya. Ia akan 'mempelajari' setiap laman yang anda kerapkali kunjungi. Cuma anda tidak dapat mengubah URL yang telah 'ditetapkan' oleh Speed Dial tersebut.

Bagi pengguna Windows, anda boleh kemaskini versi Firefox anda dengan menekan butang Help --> About Firefox. Untuk pengguna Ubuntu pula, kemaskini akan dimasukkan ke dalam repository rasmi dalam beberapa hari lagi. Jika anda tidak sabar, anda boleh cuba Security PPA ataupun muat turun Firefox pada laman web rasminya.
Powered by Blogger.