Opera 12 Rilisan Stabil Dilepaskan

Opera adalah sebuah pelayar web. Err.. Semua orang tahu tu kan?
Tetapi berapa ramai orang yang tahu Opera adalah pelayar web yang telah banyak 'mengasaskan' ciri-ciri istimewa yang akhirnya disalin tampal oleh pelayar web lain seperti Speed Dial, 'Paste and Go', Privacy Control, Mouse Gestures dan sebagainya lagi.

Opera 12 telah dilepaskan dan membawakan beberapa lagi ciri yang menarik untuk digunakan.


Antara yang boleh dilihat secara jelas ialah URL bar yang kini menyokong fungsi senarai carian 'drop-down' dan sejarah carian apabila anda menaip sesuatu kata kunci padanya:


Tak lupa juga dari versi sebelumnya iaitu Opera Next 12, Opera 12 kini menyokong fungsi ubahan tema. Anda boleh memasang tema yang diingini pada pautan ini : Opera Themes
Walaupun masih belum cukup banyak pilihan, tetapi dapat dijangkakan tidak lama lagi ia pasti akan bertambah dan akan menjadi lebih banyak dalam jangka masa beberapa bulan dari sekarang.



Opera 12 boleh dimuat turun untuk Windows, Mac dan Linux pada pautan ini : Opera Browser
Powered by Blogger.