elementary OS Luna + Android Jelly Bean Style

Anda pernah melihat Android Jelly Bean beraksi pada telefon bimbit pintar? Sememangnya style. Tetapi bagaimana pula jika elementary OS Luna beraksi dengan tema Jelly Bean? Begitulah yang anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah
elementary OS Luna

Menu Slingshot semakin stabil

Pelayar web Google Chrome menjadi pilihan pelayar web default

Apa yang saya lakukan cuma menggunakan wallpaper Android Jelly Bean untuk paparan desktop dan juga tema Jelly Bean untuk Plank (dock).

Anda boleh muat turun kedua-dua fail tersebut pada pautan berikut:


Kemudian, pasangkan appearance.plug untuk membantu anda menukar tema dan wallpaper:
sudo apt-get install switchboard-plug-appearance
Beginilah bagaimana ia kelihatan pada elementary OS Luna:



Untuk menukar wallpaper, apa yang anda perlu lakukan ialah salin kesemua wallpaper yang telah anda muat turun, kemudian buka Files dengan cara 'New Window as Administrator', pergi ke direktori usr/share/backgrounds dan tampal (paste) wallpaper tersebut di situ. Cara ini lebih mudah untuk anda jika anda pemula (beginner) dalam menggunakan sistem operasi Linux.

Setelah itu, ekstrak folder tema Jelly Bean untuk Plank dan salin tampal ia ke dalam direktori usr/share/plank/themes. Untuk menukar wallpaper dan tema Plank, anda cuma perlu gunakan Switchboard -> Appearance (seperti gambar di atas).

Kredit : Eaters Updates
Powered by Blogger.