LINE vs WhatsApp Messenger

Saya diperkenalkan kepada WhatsApp oleh seorang teman sepejabat. Pada mulanya memang ia tampil sebagai medium untuk chatting/free sms yang paling ideal untuk telefon pintar masa kini. Saya yang juga suka mengubahsuai mula menjadikan WhatsApp dengan pelbagai tema dan kertas dinding (wallpaper). Memang menarik dan menyenangkan hati.


Kemudian, beberapa hari terkebelakang ini saya diperkenalkan pula dengan LINE, oleh bos saya (haha!). Balik rumah sahaja saya terus mencubanya. Yeah, akhirnya aplikasi ini mempunyai satu 'wow factor' yang lebih menarik berbanding WhatsApp. Kerana apa? Kerana ia 100% percuma, tidak seperti WhatsApp yang hanya percuma pada tahun pertama. Seperti biasa, siapa yang bencikan barang percuma? Anda? Huh.. barangkali anda tergolong dengan orang kaya, sebab itu pakai Nokia (pantun ke?).

LINE juga mempunyai beberapa lagi perkara yang menyebabkan ia lebih menarik seperti penggunaan 'sticker' dan 'emoji' untuk menunjukkan emosi anda. Ia juga mempunyai aplikasi sampingan seperti LINE Camera, LINE Card dan LINE Birzzle untuk melengkapi aplikasi ini.

Tak lupa juga anda boleh buat panggilan suara percuma melalui LINE. Sama ada pesanan ringkas mahupun panggilan suara, kedua-duanya boleh digunakan tanpa had masa, dan tanpa had bilangan. Anda boleh terus guna selagi anda bernyawa. Anda juga boleh terus tambahkan senarai rakan melalui senarai yang tertera setelah anda siap mendaftar atau boleh juga tambahkan apabila anda duduk bersebelahan dengan rakan anda dengan cara menggoncangkannya telefon anda (What?). Awas, jangan sampai tercampak pula.

Apa lagi yang anda mahu dari aplikasi percuma ini? Cukuplah tu kan? Baiklah, anda boleh mencuba aplikasi ini dengan memuat turunnya pada laman Google Play Store. Klik di sini untuk memuat turun dan memasangnya. 9/10 bintang saya bagi! Ewah!

Beberapa paparan skrin LINE dari Google Play Store:





Powered by Blogger.