ML.MY - Domain Percuma Malaysia + Perlindungan Cloudflare

Saya terjumpa dengan laman ml.my ini secara kebetulan (tak ingat bagaimana). Pada mulanya, saya tidak menjangka akan ada servis seperti ini. Namun, setelah cuba mendaftar, saya akhirnya percaya. Tahukah anda, ada servis domain Malaysia yang diberikan secara percuma? Ya, itulah dia ML.MY.



Kepada pemilik laman ini, jangan marah ya kalau saya katakan pada mulanya saya rasa rasa hendak ketawa melihat kepada reka bentuk laman ini yang kelihatan semacam kurang meyakinkan. Tampak seperti 'sangat percuma'. Saya rasa seperti ia tidak akan dapat 'bertahan lama', mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi apakah ia masih ada? Tetapi selaku seorang rakyat Malaysia, saya bertindak mendaftar untuk mencuba.

Masuk saja ke dalam bahagian Control Panelnya, ia kelihatan ringkas, dan mudah difahami. Bagus! Satu permulaan yang baik untuk mereka yang telah mendaftar. Kemudian saya tinjau pula ke bahagian-bahagian yang lain. Juga sama, ringkas dan tidak memeningkan kepala. Senang cerita saya hendak cuba mendaftar satu domain, namun di situlah saya terhenti. Sememangnya satu akaun diberikan hanya SATU domain yang percuma. Jika anda mahu domain lain? Daftar lain la!

Baiklah. Komen saya tidak banyak. Cuma kalau boleh, pemilik laman ml.my ini tambahlah bilangan domain yang boleh didaftarkan, paling kurang pun 3 domain. Seperkara lagi, reka bentuk laman itu seboleh-bolehnya jangan buat tampak 'biasa' seperti blog saya ini. Buat ia tampak profesional kerana anda juga menawarkan domain yang berbayar bukan? Apa yang bagusnya ia mempunyai perlindungan dari Cloudflare. Hmm.. boleh tahan.

Ok lah! Cukuplah sampai di sini ngomelan saya. Dah lama tak menulis beginilah jadinya! Jika anda berminat, jangan lupa layari ML.MY sekarang.

Saya sudah mendaftarkan Jangan Tutup Lampu dengan menggunakan domain ini (biarpun tak tulis apapun lagi!). Anda bila pula?
Powered by Blogger.