Ultramegabit : Pengganti Mediafire Terunggul?

Sudah beberapa bulan akaun Mediafire saya kononya 'digantung', tetapi kesudahannya kita semua pun tahu, semua fail telah dipadam. Saya kira meskipun mendapat aduan, Mediafire bertindak zalim apabila memadam fail-fail tersebut, kerana Mediafire KONONNYA sekarang adalah berasaskan storan awan. Tetapi ia tidak lebih dari mengaburi mata pihak-pihak yang dari dahulu ingin menutup laman ini dari menyimpan fail-fail 'warez' dan tidak sah.

Tidakkah storan awan sepatutnya bertindak sebagai tempat salinan sandaran? Ya, biar ada fail yang tidak sah, mereka hanya perlu memadamkan fail yang terlibat sahaja. Mengapa perlu sehingga menggantung akaun dan memadamkan kesemua fail? Status 'akaun tergantung' juga adalah sangat tidak munasabah apabila ia tidak dapat lagi diakses setelah kesemua fail dipadamkan. 'Digantung' sepatutnya digantikan dengan 'Dibuang serta-merta'.

Jadi pencarian laman perkongsian yang jauh LEBIH BAIK dari Mediafool perlu dicari. Setelah menilai dan mempertimbangkan seadanya, Ultramegabit adalah jawapan kepada keraguan. Saya sudah mencuba Hulkshare dan Sendspace, namun ada beberapa perkara yang saya anggap Ultramegabit menutup tirai keduanya.


Antara ciri-ciri yang menarik perhatian ialah:

1. Storan tanpa had!
2. Muat naik tanpa had (bilangan muat naik boleh berbilang pada waktu yang sama)
3. Setiap satu saiz fail yang dimuat naik boleh sehingga 2GB! (Pooodah Mediafool! 200MB je? Pebarang!!)
4. Muat turun tanpa had
5. Kelajuan muat turun amat memuaskan!

Bagaimana pengguna Mediafool sekalian? Adakah anda juga 'fool' seperti pengasasnya? Kalau tidak, beralihlah kepada storan yang lebih baik!

Anda boleh cuba kelajuan muat turun laman ini dengan memuat turun fail di bawah:

Slipknot - All Hope Is Gone
Powered by Blogger.