Warsow 1.0 Rilisan Stabil Dilepaskan

Saya sememangnya adalah penggemar permainan First Person Shooter (FPS). Zaman saya kecil-kecil dahulu, permainan FPS pertama yang saya mainkan adalah Doom. Sejak dari itu, FPS menjadi satu jenis permainan yang saya cari-cari, tidak kira pada platform apa saya berada sama ada PC, netbook, mahupun telefon bimbit pintar.


Warsow ialah salah satu dari permainan FPS. Setelah melalui pembangunan pesat selama 7 tahun, Warsow versi 1.0 akhirnya dilepaskan. Ia mempunyai reka bentuk kepermainan yang menarik di mana grafiknya kelihatan ala kartun, tetapi dalam masa yang sama dilimpahi dengan kecantikan dunia 3D.

Mari kita lihat trailer rasmi Warsow:


Saya tidak mempunyai komen yang banyak mengenai permainan ini kerana saya juga baru hendak berjinak-jinak dengannya. Namun bagi anda pengguna Windows, anda tidak perlu bimbang. Warsow terdapat untuk semua platform sama ada Windows, Linux mahupun Mac OS X.

Apa-apa hal anda muat turun dahulu, ok?

Klik untuk muat turun Warsow 1.0

.............................................................................................................................................................


Kapur sirih pinang dijunjung dijulang
Dikunyah melarat
Api, air, asap, diseru dibaca
Tanyakan siapa?

Api rasa api, air rasa air
Kenapa ditanya?
Kawan jadi syaitan, syaitan jadi lawan
Siapa melawan?

Ayam putih ditaruh menggelepar bisa
Kemenyan dalam api menyala!

Bermujadah bertempur berbalah
Keris dihulur dipuja bayangan menjelma
Dibayangi kemenyan dan api, menyembah..

Terketar menggeletar disampuk puaka
Bertaruh nyawa bagaikan Jebat yang menderhaka
Memuja permainan kesalahan diri
Dibayangi kemenyan dan api!
Powered by Blogger.