10 Permainan Ringkas Android Yang Menarik

Dahulu, saya memang bukan peminat kepada permainan digital, tidak kiralah untuk PC mahupun telefon bimbit. Tetapi sejak dua-menjak ini saya semakin menggemarinya. I am young, young at heart!
Mari kita tinjau 10 permainan menarik yang saya sudah cuba pada telefon bimbit saya.

1. GraveStompers

Jyeah! Memang ringkas, memang menarik! Itulah sebabnya saya pilih permainan ini untuk duduk di tempat pertama dalam carta (walaupun sebenarnya saya tidak susun kedudukan permainan-permainan ini). Jalan ceritanya mudah, anda adalah seorang zombi (atau seekor?) yang perlu membunuh zombi-zombi yang lain untuk terus hidup. Kenapa zombi-zombi yang lain hendak bunuh anda? Sebab anda kacak sangat! Zombi mana boleh ada yang kacak-kacak!


Pro : Grafik yang agak bagus, saiz data yang sederhana (40mb++), percuma.
Kon : Kawalan permainan agak lemah.

2. Dead Trigger

Ok. Permainan ini tidaklah begitu 'ringkas' kerana ia dibuat dengan menggunakan enjin Unity 3D, jadi grafik dan kepermainan agak 'berat' untuk pemproses di bawah dwi-teras. Tetapi apa yang pasti, ia tidaklah lebih memberi tekanan kepada pemproses berbanding permainan-permainan 'intense graphic' yang lain. Ia amat menghiburkan, terutama kepada peminat permainan zombi.


Pro : Dikuasakan dengan enjin Unity 3D, grafik yang cemerlang, tahap kepermainan memuaskan, percuma.
Kon : In-app purchases yang tidak munasabah, harga mahal, perlu penglibatan wang yang sebenar untuk menang!

3. Ghost Sniper

Jyeah. Satu lagi permainan bunuh zombi! Hahaha! Saya memang betul-betul sukakan permainan ini kerana selain saiz data yang kecil, ia sememangnya dalam kelas tersendiri kerana ia ringkas, tetapi jangan memandah rendah kepada keringkasannya kerana ia tidak mudah untuk dimenangi!


Pro : Saiz yang sederhana, percuma, grafik memuaskan, kepermainan agak mencabar meskipun ringkas.
Kon : Sesetengah peranti tidak dapat menjalankan ia dengan baik.

4. Frontline Commando

Anda sukakan FPS? Suka? Jom cuba Frontline Commando. Bersedia untuk adegan tembak-menembak yang gempak dan gegarkan seluruh kota dengan peluru-peluru anda.


Pro : Grafik yang bagus, saiz yang sederhana (100mb++), kepermainan yang memuaskan, percuma.
Kon : Perlukan penglibatan wang yang sebenar untuk menang (naik taraf senjata perlu beli dengan wang).

5. Mushroom Garden Deluxe

Aaa.. permainan yang comel! Saya sudah cuba kesemua siri 'Mushroom' ini, tetapi Mushroom Garden Deluxe adalah yang paling bagus dan menarik sekali. Sukar untuk saya terangkan, kerana permainannya memang ringkas, anda cuma perlu tanam dan petik cendawan. Semudah itu! Tetapi yang menjadikan ia menarik dah tentulah kerana ia ada misi (mission) atau dalam permainan ini disebut sebagai 'Request'.


Pro : Ringkas, kepermainan yang mudah difahami kerana ada tunjuk ajar, percuma.
Kon : Perlukan penglibatan masa yang agak panjang untuk menunggu cendawan membesar, seolah-olah ia benar-benar ditanam pula.

6. Raging Thunder 2

Yaaa. selain FPS, saya juga sukakan permainan perlumbaan, tak kisahlah sama ada lumba kereta, motor, lori, atau lumba lari! Dalam Raging Thunder 2, anda akan dibawa ke trek-trek yang menarik seperti kuil-kuil, pantai-pantai dan gunung-gunung. Err.. gunung-ganang! Selain grafik yang menawan, kawalan permainan juga sangat memuaskan hati!


Pro : Permainan 3D yang percuma, kawalan yang bagus, grafik seperti permainan berbayar.
Kon : Model kereta agak terhad, sesetengah peranti tidak dapat memainkan ia dengan baik.

7. Ninjump

Ninja + Jump = Ninjump! Kalau anda rasa anda hebat bermain permainan FPS yang sukar, cuba anda mainkan permainan Ninjump yang ringkas ini! Sakit hati! Dalam Ninjump, anda cuma perlu mengubah kedudukan Ninja yang sedang naik ke atas melalui dinding sama ada ke kanan atau ke kiri. Itu sahaja? Ya, tapi sepanjang perjalanan anda naik ke atas, anda akan dihalang oleh musang, burung, Ninja berpakaian hitam yang misteri, bom, dan sebagainya. Jika anda berjaya mengumpul 3 item yang sama, contohnya burung, anda akan dapat menggunakan kuasa burung iaitu terbang seperti gambar di bawah.


Pro : Menggembirakan kerana tak perlu berserabut dengan kawalan yang sukar.
Kon : Seolah-olah tiada penghujung. Penghujungnya hanya apabila Ninja itu tamat riwayatnya.

8. Ninja Chicken

Satu lagi permainan 'ninja', tetapi pemegang watak ninja kali ini ialah seekor ayam. Ayam? Ya, ayam. Kawalan permainan mudah, cuma perlu melompat atau menggelongsor ke bawah. Tetapi rintangan yang diberikan juga tidaklah begitu mudah. Senang cerita, cuba la kalau berani! Kalau berani nak habiskan bateri lepas 'mati' setiap kali! Hahaha!


Pro : Grafik sederhana, kawalan mudah, misi yang banyak.
Kon : Boleh jadi agak membosankan selepas lama bermain.

9. Temple Run

Perlukah saya bercerita banyak mengenai permainan yang sudah sedia popular ini? Kalau masih ada yang belum kenal, Temple Run ialah permainan yang memerlukan anda, seorang watak yang mencuri satu barang dari kuil lama (tak tahulah nak terangkan barang apa?) dan anda perlu melarikan diri dari 'monyet sakti' yang bersedia untuk memakan anda dengan lahap! (betul ke aku terangkan ni?)


Pro : Kawalan permainan mudah, menguji refleksi anda terhadap rintangan.
Kon : Kadangkala sukar juga walaupun kawalannya mudah!

10. Zen Pinball THD

Bagi para peminat permainan Pinball, ini adalah salah satu darinya yang berbaloi untuk dicuba. Grafik yang mantap, kesan bunyi dan visual yang menarik serta tahap-tahap yang menguji kecekapan anda, sememangnya menghiburkan!


Pro : Grafik canggih, audio dan visual memang terbaik dari ladang.
Kon : Ada antara 'table' yang perlu anda beli jika mahu gunakannya.

Bonus/Ekstra:

Siapa yang bencikan bonus/ekstra bukan?

1. Hatchi

Hatchi ialah permainan Cyber Pet yang retro! Jyeah..retro yaawww. Masihkah anda ingat lagi kepada permainan Tamagochi, Raku-Raku Dinokun? Haaa.. Inilah dia permainan yang mampu mengimbau kenangan silam! Memang stail-lah! Saya tak tunggu lama, nampak saja permainan ini, terus muat turun. Saya dapat baby girl, yang dinamakan dengan nama Garrarufa. Anda pula bagaimana?




Pro : Memang nostalgialah, dapat main permainan retro pada telefon bimbit pintar Android!
Kon : Menjadi permainan retro dan ringkas tidak semestinya percuma. Sekali kena bayar daa. Pssst.. mau yang percuma? Biasalah, warez! Heheh.. muat turun di sini sahaja! Kalau mahu Digimon, anda boleh cuba VPET yang boleh dimuat turun secara percuma di sini.
Powered by Blogger.