Bagaimana Untuk Backup Bookmarks Firefox

Hai, selamat berjumpa semula dengan saya hari ini. Ok, kali ini saya buat tutorial lagi dalam blog ini dengan tajuk bagaimana untuk backup bookmarks Firefox. Mungkin satu hari nanti firefox anda rosak atau PC anda rosak, tiba-tiba bookmarks anda hilang macam tu saja. Takut hilang, kita kena backup dulu. Mudah saja, ok. :_)

1. Langkah pertama anda masuk browse Mozilla Firefox anda. Kemudian pilih "Bookmarks" yang berada di atas menu Firefox itu. Dan masuk ke "Show All Bookmarks". Sekiranya anda guna windows XP, pilih "Organize Bookmarks...".


2. Ok, setelah itu akan keluar satu popup seperti gambar di bawah ini iaitu Libary. Dan pilih "Import and Backup". Kemudian di situ keluar senarai ke bawah dan pilih "Backup...".

*untuk pengetahuan, di sini ada dua pilihan untuk menyimpan fail backup. Iaitu fail .JSON dan fail .HTML. Sekiranya anda pilih "Backup..." seperti paparan di bawah ini, fail tersebut berformatkan .JSON. Sekiranya anda memilih "Export Bookmarks to HTML..." ianya disimpan sebagai fail .HTML. Tapi keduanya sama sahaja, cuma ingin perbezaan jenis fail sahaja. Tak kisah. ^^, Untuk tutorial ini, saya pilih "Backup...".


3. Ok, satu lagi popup akan keluar seperti gambar bawah ini untuk simpan fail backup anda. Tak kisah anda ingin simpan di mana yang boleh anda ingat. Dan tekan "Save".


4. Setelah anda save, fail tersebut berbentuk seperti inilah. Macam kosong, kan? Tapi memang macam ini sahaja. (^^,) Sebab ianya format .JSON. Kalau anda pilih "Export Bookmarks to HTML..." tadi, failnya berlainan. Yang penting isi dalamnya sama. \(^^,)/


Ok, di sini sudah selesainya untuk backup bookmarks Firefox anda. Dan satu hari tu tiba-tiba Firefox anda rosak, crash apa semua tu. Arrggghhh!! Anda sudah risau dengan bookmarks yang beribu anda simpan itu. Ok, anda pun pasang(install) semula browse Mozilla Firefox. Firefox anda pun masih baru dan kelihatan kosong tiada bookmarks. Tapi dengan adanya fail bookmarks anda yang anda backup tadi, anda boleh pasang kembali ke Firefox baru anda itu. Caranya sama sahaja.

5. Seperti biasa, pergi ke menu atas Firefox untuk memilih "Bookmarks" seperti di langkah 1 tadi. Setelah ke Libary, anda pilih "Restore" dan akan keluar senarai di tepi dan pilih "Choose File...". Sekiranya anda memilih "Export Bookmarks to HTML..." semasa backup tadi, untuk langkah ini anda pilih "Import Bookmarks from HTML..." untuk memasang kembali ke Firefox anda.


6. Kemudian keluar satu popup lagi seperti gambar di bawah ini untuk mencari fail bookmarks anda dimana anda simpan semasa melakukan backup tadi. Kemudian tekan "Open".


7. Setelah tekan Open, keluar satu popup seperti gambar rajah di bawah dan tekan "OK".


Selesai. \(^_^ )/

Mudah bukan? Ok, apa-apa pun anda selalulah backup anda punya bookmarks kerana mungkin anda sudah ada banyak sangat simpan, mungkin beribu-ribu bookmarks sudah anda simpan. Jadinya sebelum crash kata orang tu, sudah ada persediaan. Ok, selamat mencuba! ^_^
Powered by Blogger.