Bagaimana Untuk Convert Dari FAT32 ke NTFS

Hello, selamat kembali lagi bersama saya untuk tutorial pada kali ini. Ok, kali ini saya ingin menunjukkan cara untuk convert file system pada drive hard disk anda. Ok, sebenarnya apakah itu FAT32 dan NTFS? Ok, ianya adalah fail dalam drive anda. Erm, lebih kurang macam format gambar juga seperti .jpg, .png, .gif dan macam-macam lagi.

Ok, apa pula perbezaan FAT32 dengan NTFS? Untuk mudah difahamkan FAT32 ini tidak boleh copy banyak-banyak atau pun tak boleh transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB lebih. Jika anda transfer fail yang melebihi 3GB pada FAT32, akan keluar errorlah. Jadi, untuk membolehkan transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB, haruslah gunakan NTFS file system.

Untuk jadikan NTFS dari FAT32, kita kena covert dululah file systemnya dengan hanya menggunakan command prompt(CMD). Sangat mudah. Ok, gambar rajah di bawah ini adalah drive hard disk saya yang masih lagi menggunakan file system FAT32.


1. Langkah pertama kita memerlukan CMD. Anda boleh pergi ke Start > Run > Taip CMD. Ianya akan memaparkan kotak hitam. Dan anda perlu menaipkan command di CMD itu seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Kemudian Enter.

Commandnya ialah: convert f: /fs:ntfs


2. Setelah Enter, akan keluar paparan seperti dalam gambar rajah di bawah ini. Di situ anda perlu meletakkan nama drive hard disk anda. Seperti saya, nama drive saya adalah TOGI DISK. Ok, sekiranya drive anda tidak mempunyai nama, ianya seperti Local Disk sahaja, paparan di bawah tidak akan muncul dan anda hanya perlu taipkan huruf "Y" sahaja setelah melepasi langkah yang pertama di atas. Kemudian tekan Enter.


3. Setelah itu, kelaur pula seperti gambar di bawah ini. Ianya akan proses yang mengambil masa juga. Sekiranya drive hard disk anda itu bersaiz besar sehingga mencecah Gigabyte, lamalah prosesnya. Anda hanya perlu menunggunya sehingga ia mengatakan conversion complete seperti paparan di bawah.


4. Ok, selesai. Anda boleh tutup(close) CMD itu dan lihat drive hard disk anda. Ianya sudah ditukarkan kepada file system NTFS seperti gambar rajah di bawah ini.


Ya, memang mudah sekali. Dengan menggunakan CMD sahaja anda boleh buat sendiri, tak perlu hantar kedai. Okay, mungkin ada yang tertanya-tanya. Adakah fail dalam hard disk akan hilang bila sudah convert dari FAT32 ke NTFS. Jawapannya tidak. Tak akan hilang satu pun setelah anda convert, tidak perlu risau.

Ok, kepada anda yang mungkin ada masalah tak boleh transfer fail besar-besar, lihat anda punya file system tu adakah ianya FAT32 atau pun NTFS. Okay, sampai di sini saja tutorial pada kali ini dan mencuba-cubalah. \(^^, )/
Powered by Blogger.