Bagaimana Untuk Delete Files Dari temp, %temp%, dan eventvwr

Ok, selamat kembali dengan tutorial saya pada kali ini. Ok, untuk hari ini saya akan tunjukkan bagaimana hendak membuang fail-fail yang berada di temp folder, %temp% folder, dan di eventvwr. Ok, saya terangkan satu persatu dahulu apa itu temp, %temp% dan eventvwr.

( temp )
Ok, kenapa kita harus delete fail dalam temp folder? Ok, saya akan beritahu kenapa. Kerana bila fail-fail yang tak penting disimpan dalam temp folder atau %temp% folder, ia akan menambah/menggunakan space hard disk iaitu di (C:). Ia akan simpan benda-benda yang tak guna atau sampah di dalam (C:). So kata orang tu untuk tidak merugikan space hard disk, kita delete saja. Jangan risau, ia tidak bahaya langsung.

Ok, temp folder functionnya adalah bila kita buka Photoshop sebagai contoh, jadi temporary files akan disimpan di temp folder. Jika anda rajin membuat kerja seperti assignment, lagi banyak fail yang akan disimpan di temp folder.

( %temp% )
Folder ini pula ialah fail-fail yang disimpan mana-mana website yang anda lawati setiap hari, contohnya Yahoo, Google, Facebook, seperti gambar, icon and everythinglah from website. Maybe you tak pernah delete, so ia akan penuhlah.

( eventvwr )
Eventvwr(eventviewer) ini adalah satu tempat error log yang berlaku di PC anda, ia akan simpan di situ. Erm, lebih kurang macam notification untuk PC lah. (^_^ )

Ok, tanpa buang masa, mari mulalah. \(^^,)/

1. Untuk clearkan temp folder.

Pergi ke Start > Run > Taip temp.

Dan anda akan nampak fail-fail .tmp yang tak berguna. Ianya kelihatan fail yang kosong (putih). Seperti gamnbar di bawah ini. Ok, jadinya delete sahaja semua. Ada juga fail yang tidak boleh didelete, so biarkan sahaja. Kerana fail itu sedang digunakan dalam PC, so tekan skip sahaja.



2. Untuk clearkan %temp% folder.

Pergi ke Start > Run > Taip %temp%.

Ianya akan memaparkan seperti di temp folder juga. So buat sahaja perkara yang sama. Ada juga yang tak boleh didelete, jadinya skip sahaja.

3. Untuk clearkan eventvwr.

Pergi ke Start > Run > Taip eventvwr.

Ok, anda akan nampak sebuah kotak seperti gambar di bawah ini.



Pergi ke "Windows Logs" dan pilih "Application". Di bahagian tengah akan keliahatan banyak Error, Warning dan Information seperti gambar rajah di atas ini. Benda-benda itulah yang ingin kita buang. So untuk delete kesemuanya itu, just click "Clear Log..." yang berada di sebelah kanan itu (yang ditunjukkan oleh anak panah merah).

Setelah itu, akan keluar popup seperti gambar rajah di bawah ini.



You just click "Clear". Dan sudah kosong di bahagian tengah tadi yang ada error, warning semuanya tu. Anda juga perlu clearkan juga di bahagian Security dan System itu. Ianya ada juga di situ, hanya buat perkara yang sama juga seperti langkah 3.

Ok, sekarang semua sudah bersih. Ok, tidak lupa juga, di Recycle Bin juga perlu emptykan. Kalau rajin, setiap harilah kena check ataupun setiap seminggu sekali buang fail-fail yang tak berguna untuk PC. Mungkin yang di luar sana ada yang sudah tahu, ada juga yang tidak tahu. So saya cuma tunjukkan apa yang saya tahulah kepada yang tidak tahu lagi, Huhu. Mana tahu ada adik-adik yang masih lagi ingin belajar tentang komputer, kan. Ok, itu saja pada kali ini. Selamat mencuba dan bye bye. \(^^,)/
Powered by Blogger.