Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 1]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila baca penulisan/karangan Rakyat Siber je mesti cerita tentang 2freehosting. Bosan betul lah. Adakah anda berprasangka sedemikian rupa? Jika ya harap dimaafkan. Untuk pengetahuan semua wa bukanlah seorang wakil/perantara/anasir/agen mahupun ejen bagi 2freehosting.

Setiap web hosting ada panel kawalan (control panel) sendiri. Contohnya, cPanel,Direct2Admin,Plesk dan lain-lain. (Untuk baca huraiannya sila klik disini,tahniah untuk Wazy84). 2freehosting menggunakan cPanel. cPanel terbahagi kepada dua. cPanel X atau nama lainnya cPanel 11 dan yang kedua diberi nama cPanel Free Web Hosting atau cPanel Ciplak (wa main pakai letak je nama ni) cPanel X banyak digunakan oleh 'web hosting' yang berbayar. Tetapi,berbeza pula untuk untuk cPanel Ciplak ini panel kawalan ini banyak digunakan oleh web hosting percuma mungkin kerana tiada kos sewaan daripada pihak cPanel Incorporated. (Mohon yang lebih mengetahui tampil kehadapan). Kelebihan cPanel X daripada cPanel Ciplak adalah fungsi tambahan yang diberikan. Anda boleh semak tentang ciri-ciri cPanel X di laman rasmi mereka melalui Live Demo disini. Untuk cPanel Ciplak anda kunjungilah laman 2freehosting.com.

Cukup pengenalan tentang cpanel disitu kita pergi ke ciri-ciri atau perkhidmatan apa yang ditawarkan oleh cPanel 2freehosting. Untuk log masuk ke cPanel 2freehosting anda boleh kunjungi alamat ini: cpanel.2freehosting.com.


Lihat pada bahagian Accounts.
Tiada apa untuk dihuraikan dengan mendalam disini. Hanya ada:-

  • Details: Menerangkan apa yang anda perlukan untuk membuat website/blog.
  • Getting Started: Anda perlu kenal dengan perkara asas seperti memuat sesuatu fail ke 'hosting' dan sebagainya supaya selepas ini anda tidak membazir masa menanyakan tentang hal tak penting. Jika anda ingin menanyakan tentang masalah hosting anda. Klik pada Help Desk dan Open Ticket pertanyaan.
  • Change Password,Facebook,Twitter,Donate Us dan Youtube anda memahaminya.
  • Upgrade To Premium!: Kerjasama dengan Hostgator.com. Selesai bahagian Accounts. 

Kita ke bahagian Emails pula.
E-Mail. Siapa yang tidak kenal akan e-mail. Orang yang tidak pernah gunakan kemudahan internet pun tahu akan e-mail. Inikan pula rakyat siber seperti anda. Ciri pertama pada bahagian e-mail.

  • Manage Emails: Pada bahagian ini anda dapat bina e-mail sebanyak 10. Cth:- admin@omghackers.com dan sebagainya. Sub-domain e-mail anda bergantung kepada url website anda. Anda juga boleh menyemak e-mail anda dengan klik Webmail. Atau anda boleh masuk ke alamat webmail.2freehosting.com 
  • Manage Forwarders: Kegunaannya adalah untuk menjadi perantara antara dua e-mail. Contohnya,anda mempunyai dua e-mail. Anda jarang buka e-mail pada hosting/webmail ini (admin@omghackers.com) jadi anda menggunakan fungsi 'manage forwarders' ini untuk menyalurkan sebarang email yang masuk ke admin@omghackers.com untuk dihantarkan ke gmail,yahoo mail mahupun outlook.com.
  • Edit MX Record: Jangan tanya wa. Wa pun masih mencari lagi kegunaan MX Record ni. Tapi lu boleh baca disini dan disini.
  • Webmail: Macam yang wa terangkan tadi pada Manage Email. Anda boleh semak sebarang e-mail yang masuk melalui dua penyedia RoundCube dan SquirrelMail. Jika anda mahukan kecepatan mengakses gunakanlah SquirrelMail tapi jika anda mahukan kecantikan gunakanlah RoundCube. Fungsi dua-dua penyedia pun sama. Sent,Read dan sebagainya.
  • Mail Service Control: Kawalan sekuriti e-mail dan sebagainya 
Abaikan entri ini jika tak memberi manfaat kepada anda. 
Sekian,Assalamualaikum. 
Powered by Blogger.