Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 3]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri penamat bagi entri Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 1,2 dan 3]. Apa macam,dapat sesuatu daripada entri sebelum ini tak? Jika tak dapat lagi baca lagi sampai anda betul-betul mengerti apa itu erti sebuah kehidupan? Klik disini untuk bahagian satu dan klik disini untuk bahagian kedua. Tanpa membuang masa,kita teruskan sahaja kepada agenda kita.

Files

FTP Acccess: Memberikan secara terperinci segala yang berkenaan dengan akaun FTP anda. Anda memerlukan butiran daripada 'FTP Access' ini untuk mengakses File Manager dan perisian FTP yang lain seperti FileZilla dan SmartFTP.

FTP Accounts: Untuk anda membuat satu lagi akaun FTP. Mungkin akaun FTP anda yang pertama bermasalah jadi anda sudah memiliki 'backup account FTP'

File Manager 1 dan 2: Tujuan kegunaan File Manager 1 dan 2 ialah sebagai alternatif kepada sebarang perisian mengakses FTP seperti FileZilla. File Manager 1 lebih lengkap daripada 2. Jadi,biasakan menggunakan File Manager 1.

Backups: Buatlah backup secara berkala. Anda mahu kehilangan semua fail anda jika hosting anda bermasalah? Jadi beringat sebelum terkena. Tidak susah klik generated,tunggu dan selesai. Selepas tu tunggu apa lagi muat turunlah fail tersebut.

Advanced

MySQL Databases dan phpMyAdmin: Kenapa digabungkan sekali? Kerana kedua-dua aplikasi/perisian ini penting bagi anda yang menggunakan skrip luar untuk membina laman/blog. Buat Akaun MySQL,secara automatik bergabung dengan php. Sebelum pindah hosting perlu muat turun data dalam phpMyAdmin untuk dijadikan backup sekiranya gagal berpindah hosting.

Cron Jobs: Cron Job wa tak pernah guna. Tapi,fungsinya adalah untuk buat backup kepada server kita secara automatik. Juga untuk auto update. Daripada hasil Google,wa termasuk ke laman cPanel yang berkenaan dengan cron job. cPanel mengatakan cron job boleh melambatkan server hosting anda. Bagi wa cron job ini takdalah penting sangat. (Mohon tampil ke hadapan).

SSH Console: Sukar untuk ditafsirkan. Kerana bukan dalam bidang wa mengatur script/command. Baca jelah disini. Tapi rasanya untuk keselamatan hosting.

DNS  Zone Editor: Ubahsuai,Tambah dan buang NS (Nameserver),A Record,CNAME,MX dan sebagainya.

PHP Info: Segala informasi berkenaan dengan PHP anda boleh baca status terkini,versi php yang digunakan dan sebagainya. Serba lengkap.

Cron Output: Hasil rekod yang dibuat pada cron job.

Other


Password Protect Directories: Digunakan untuk menyekat sebarang anasir luar yang boleh menjahanamkan laman sesawang. Apabila semua kandungan fail pada public_html di sekat menggunakan password protect directories. Maka untuk mengakses laman tersebut perlulah memasukkan kata laluan. Selalunya digunakan oleh laman "premium". Juga digunakan untuk mengawal fail themes dan plugin untuk wordpress daripada sebarang anasir luar.

IP Deny Manager: Anda merasakan laman anda bakal dijahanamkan oleh seorang. Blok IP orang tu daripada mengakses laman/blog anda.

Hotlink Protection: Anda merasakan kandungan anda semacam dicuri oleh anasir luar/jahat? Aktifkan fungsi ini pada laman/blog anda.

Folder Index Manager: Fungsinya adalah untuk mengatur folder yang boleh dilihat oleh orang lain. Sekiranya anda mahu menyorok/menghilangkan dari pandangan pilih sahaja No indexing.

Fix File Ownership: Sekiranya anda mempunyai masalah pengubahsuaian,terbuang sesuatu fail dari public_html. Gunalah fungsi ini.

Reload Account: Untuk mengembalikan hosting anda kepada asal dengan membuang fail autoinstaller,website builder,mysql dan sebagainya. Jadi hosting anda terlihat seperti baru.

Delete Account: Anda dah menyampah dengan hosting anda. Buang je. Yang akan dibuang bukannya akaun anda tapi akaun bagi domain anda.

Alhamdulillah. Selesai sudah perbincangan kita. Semoga bertemu kembali dalam entri yang akan datang.
Sekian,Assalamualaikum
Powered by Blogger.