Firefox 15 Dirilis : Berbaloikah Untuk Digunakan?

Firefox akhirnya melepaskan versi 15 setelah beberapa minggu giat dibangunkan. Apa yang menarik ialah ia menyertakan sekali SPDY network protocol (versi 3) yang dibangunkan oleh Google (SPDY - speedy).
Oh yeah, Google.

Walaupun bukan diaktifkan secara lalai (default), anda boleh cuba aktifkan ia sendiri dan cuba rasai perbezaannya dengan menaip about:config pada bar URL, klik Enter dan taip 'spdy'. Cari network.http.spdy.enabled.v3 dan kemudian klik dua kali padanya.


Buat masa ini, saya rasa saya akan setia menggunakan Google Chrome. Firefox mungkin telah ditambah baik, tetapi hati saya tidak mampu untuk menipu diri sendiri dengan mengatakan ia lebih pantas dari Chrome. Anda boleh cuba muat turun versi terbaru ini, aktifkan sendiri SPDY version 3, dan kemudian cubalah rasai kelajuannya.

Saya mungkin akan kembali menggunakan Firefox setelah dua isu ini diselesaikan iaitu isu kelajuan (kerana masih dapat dirasakan ia 'tersekat-sekat' walaupun sedikit) dan juga isu penggunaan memori.
Powered by Blogger.