Memasang SecurityKISS Di Ubuntu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda yang telah banyak membantu untuk meningkatkan lagi   mutu penulisan wa. Artikel ini tidak mengeluarkan setitik peluh pun bagi wa kerana segala ilustrasi dibawah adalah di salin dan tampal di laman rasmi SecurityKISS. Wa hanya menggunakan otak untuk berfikir akan ayat yang mudah dan menggunakan tangan untuk menaip.

Apa itu SecurityKISS?
Memang sengaja wa tidak memberitahu akan apa yang dimaksudkan dengan SecurityKISS pada tajuk penulisan wa kali ini . Berbanding yang wa jelaskan pada entri wa sebelum ini seperti LOIC Untuk Ubuntu [Bah. 1 & 2]. Kata anda seorang hacker. Takkan LOIC pun tak tahu? Dan Tixati: 'Torrent Client' Terbaik. Secara terang wa jelaskan kepada anda apa itu Tixati. Melainkan anda bukan pengguna torrent dan tak pernah ambil tahu akan torrent yang membuatkan anda tidak akan tahu tentang torrent.

SecurityKISS merupakan VPN (Virtual Private Network). Tidak perlu wa terangkan apa itu vpn kerana tuan Arya telah menerangkan dengan jelas tentang vpn Lihat artikel karangan beliau Apa Itu VPN?  dan Apa Itu VPN [Bah. 2]. SecurityKISS juga menyokong sistem operasi lain seperti Windows,Mac dan sudah semestinya Linux. Bukan sahaja menyokong tiga sistem operasi yang hebat ini malah juga menyokong Android,Iphone & Ipad,Windows Mobile dan DD-WRT,Tomato. Sebelum wa menerangkan dengan lebih dalam lagi mengenai SecurityKISS ini. Wa ambil kesempatan untuk memberitahu bahawa apabila anda menggunakan SecuriyKISS ini peluang anda untuk melakukan penstriman video di Youtube dan pelbagai laman yang membekalkan video adalah 3/10. Begitu juga jika anda pengguna torrent maka peluang untuk anda mengkaburkan identiti anda dari pandangan sembarangan orang ialah sebanyak 0%. Tetapi kelebihan yang ada apabila anda menggunakan SecurityKISS ini di Linux anda akan mendapati proses belayar di alam maya tidak terlalu lambat. Kira baguslah tu kerana tiada apa-apa perasaan geram sewaktu mengunjungi laman sosial,blog dan laman ilmu khususnya laman OMG! Hackers?. Identiti pun terjaga.

Kelebihan apabila menggunakan SecurityKISS.
- Percuma untuk selamanya. Ini yang akan dibincangkan oleh kita. Jika anda menggunakan SecurityKISS secara percuma anda akan menerima 300MB bandwidth/day. Kenapa wa letakkan pada kelebihan bukannya kekurangan?
- Sekuriti tahap 1024-bit
- Sangat mudah untuk digunakan
- Tiada iklan,100 bebas daripada iklan yang menyerabutkan fikiran.
- Dan banyak lagi.

Pendaftaran ahli.
Langkah 1. Kunjungi laman rasmi SecurityKISS disini.

Langkah 2. Scroll dan dapatkan kalimat yang tertulis "DOWNLOAD SecurityKISS Tunnel"

Langkah 3. Sekiranya anda menggunakan Linux,secara automatik anda akan dibawa ke ruangan Linux begitu juga apabila anda menggunakan Windows dan Mac. Disebabkan tutorial ini untuk Ubuntu,maka ke Linux lah anda akan dibawa.

Langkah 4. Masukkan e-mail anda di ruangan yang disediakan dan klik Send. Dan anda akan mendapati bahawa anda sudah terdaftar dengan perkhidmatan mereka. Lihat gambar 2.


Langkah 5. Periksa e-mail yang dihantar kepada anda. Pada e-mail tersebut tertera Client ID,Password dan tiga buah server untuk anda. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang e-mail dari pihak SecurityKISS di peti surat (inbox) anda sila periksa pada bahagian 'spam'. Selesai

Kaedah Pemasangan.
Langkah 1. Klik kanan ikon rangkaian/jaringan penyambungan dan pilih Edit Connections...

Langkah 2. Pilih dan klik tab VPN.


Langkah 3. Klik 'Add'.

 Langkah 4. Point-To-Point Tunnelling Protocol (PPTP) dan klik Create...

Langkah 5
  1. Berikan nama untuk sambungan vpn anda pada ruangan 'Connection name'. Cth:- SecurityKISS-Rakyat Siber.
  2. Jika anda berminat untuk memulakan sistem operasi anda bersama sambungan vpn,tandakan  pada ruangan 'connect automatically'.
  3. Log masuk ke dalam akaun e-mail anda dan dapatkan Gateway (server yang diberikan. Cth:- USA,UK,Ger). Dapatkan juga Username (client ID) dan password pada e-mail tersebut. Masukkan pada ruangan dalam ruangan yang disediakan.
  4. Klik Advanced...
Langkah 6. Selepas anda klik Advanced... Anda akan mendapati  satu tetingkap (window) akan keluar. Anda tandakan pada Use Point-to-Point encryption (MPPE) dan klik OK. Klik Apply menutup tetingkap yang berkenaan.

Kaedah menyambung ke rangkaian vpn SecurityKISS. 
Klik sambungan internet anda. Pilih VPN Connection dan hubungkan ke rangkaian vpn anda.
                   
Sekiranya sambungan anda berjaya maka pada sambungan internet anda tertera ikon 'mangga' (bukan buah mangga,faham-faham jelah)

Kaedah penyemakan bandwidth. 
Langkah 1. Klik link disini.

Langkah 2. Masukkan client ID dan password anda. Klik login.

Langkah 3. Sewaktu anda menerima mesej daripada pihak SecurityKISS anda hanya dibekalkan dengan tiga server pilihan. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan server dari negeri dan negara lain anda cuma perlu pergi ke tab Servers dan pilih PPTP.

Sekian,Assalamualaikum.

Powered by Blogger.