Selamat Hari Raya Kepada Semua Pembaca






Beginilah takbir raya yang kita ulang-ulangkan selepas terbenam matahari hari terakhir Ramadhan sehingga solat Hari Raya. Semua Muslim pasti bergembira menyambut Hari Raya, lelaki atau wanita,muda,tua ataupun anak-anak. Kerana pada hari ini merupakan simbol kemenangan umat Islam setelah sebulan mengharungi Ramadhan, menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan baik lainnya,kemenangan meraih jiwa yang fitrah, kemenangan meraih cinta Ilahi, kemenangan meraih pahala syurgawi dan kemenangan-kemenangan lainnya.

Eidil Fitri terdiri dari dua perkataan Eid dan Fitri. Eid bererti hari raya, Fitri bererti terbuka, kesucian dan kebersihan jiwa. Ini kerana pada hari itu seorang hamba diperbolehkan untuk makan dan haram untuk berpuasa atau kembali kepada kesucian dan juga kerana umat Islam merayakan kebersihan dari noda-noda dosa hasil dari beribadah dan bertaubat secara intensif selama sebulan penuh. Oleh itu ia adalah hari kemenangan.

Saya wakil kepada penulis-penulis http://www.omghackers.com/ ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H, kepada semua Muslimin dan Muslimat yang berada di seluruh dunia.

Selepas Ramadhan ini marilah kita teruskan amalan-amalan baik yang telah kita lakukan di sepanjang Ramadhan ini - bersedekah, solat berjemaah, tilawah al-Quran, bercakap yang baik menjauhi perkara keji dan mungkar dan banyak lagi. Kalau berat badan dah turun, bagi yang obses atau overweight tu, teruskanlah usaha untuk turunkan badan. Bagi berat badan yang naik sepanjang Ramadhan kena cari cara lain untuk turunkan.

Akhir kata marilah kita berdoa:
"Ya Allah, pertemukanlah di Ramadhan akan datang dalam keadaan sihat walafiat, mudahkanlah rezeki kami dan segala urusan kami Ya Allah. Ya Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya engkau berketetapan sebaliknya maka jadikanlah puasa ku ini sebagau puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata. Ya Allah,Ya Tuhan kami,terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan dan hakikat keredaanMu sehingga kau memenangkaan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah kami di dalamnya dari kekhuatiran terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berlangsung terus"...

Amin Ya Rabba Alamin....

Mohon Maaf Zahir dan Batin
daru penulis-penulis.

Yang Benar:
Yaloh ohh Yahh 
Powered by Blogger.